Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Kes Zara Qairina: Mahkamah Kota Kinabalu jadi tumpuan, lima remaja bakal dituduh

Sinar Harian 19/08/2025 | 23:45 MYT
Seawal jam 7 pagi, pengamal media dan anggota keselamatan sudah mula berkumpul di pekarangan mahkamah. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Mahkamah Kota Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan apabila lima remaja perempuan bawah 18 tahun bakal didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini.

Difahamkan, pasukan keselamatan akan mengadakan dua sekatan jalan di laluan masuk ke mahkamah bagi mengawal keselamatan di lokasi.

Seawal jam 7 pagi, pengamal media dan anggota keselamatan sudah mula berkumpul di pekarangan mahkamah.

Dalam kenyataan media pada Isnin, dimaklumkan bahawa kelima-lima remaja terbabit akan didakwa atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dengan mengugut melalui komunikasi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025). - Sinar Harian






#Zara Qairina Mahathir #buli #Mahkamah Kanak-Kanak #Kota Kinabalu