MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Peguam gesa pendakwaan lima remaja ditangguh sementara

Mereka memohon agar Peguam Negara mempertimbangkan semula tuduhan berkenaan dan menangguhkan prosiding sehingga siasatan lanjut dapat dilengkapkan.
KUALA LUMPUR: Pasukan peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menggesa agar pendakwaan terhadap lima remaja yang didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan berhubung kes membuli Zara Qairina ditangguhkan sementara.
Menurut kenyataan bersama itu, mereka memohon agar Peguam Negara mempertimbangkan semula tuduhan berkenaan dan menangguhkan prosiding sehingga siasatan lanjut dapat dilengkapkan.
“Kami bimbang jika pendakwaan diteruskan di bawah seksyen tersebut dan tertuduh mengaku bersalah, ia boleh menimbulkan masalah dari segi undang-undang.
507D(2) Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan itu, pada Selasa.
"Ini khususnya apabila siasatan lanjut atau inkues kelak menemui bukti yang menunjukkan kesalahan lebih berat di bawah Seksyen Mereka menjelaskan, sekiranya sabitan dibuat terlalu awal, tertuduh tidak lagi boleh didakwa atas kesalahan lebih berat kerana terikat dengan prinsip 'double jeopardy' seperti termaktub dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan tersebut turut menegaskan, jika keterangan sedia ada tidak mencukupi bagi mensabitkan kesalahan di bawah Seksyen 507D(2), siasatan lanjut wajar diteruskan agar pendakwaan lebih tepat dapat dijalankan.
"Bagi tujuan itu, pasukan peguam berkenaan memaklumkan mereka telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara pada pagi Selasa melalui emel.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Hamid Ismail, Shalhan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Pada Isnin, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima individu dijangka didakwa berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina, Rabu ini.
Katanya, pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami