MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Prosiding pengurusan kes 5 remaja, inkues berlangsung serentak hari ini
Pada 20 Ogos lalu, lima remaja tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Prosiding pengurusan kes membabitkan lima remaja yang didakwa berhubung kematian Zara Qairina Mahathir berlangsung hari ini, serentak dengan prosiding inkues bagi kematian remaja berusia 13 tahun itu.
Difahamkan, prosiding pengurusan kes lima remaja berkenaan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum inkues yang memasuki hari ke-14 diteruskan.
Dalam sidang akhbar semalam, peguam mewakili ibu Zara Qairina, Rizwandean M Borhan berkata, prosiding inkues akan disambung selepas pengurusan kes pertuduhan lima remaja selesai.
"Kami pihak pemerhati untuk kes ini dan kami dapat tahu ada pengurusan kes esok mungkin salah seorang daripada pasukan kami akan hadir sebagai pemerhati.
"Sebab peguam mereka terlibat di sana jadi kalau saya tidak silap, prosiding pengurusan kes akan diselesaikan dahulu barulah inkues bermula," katanya.
Sebelum itu, dalam pendakwaan 20 Ogos lalu, lima remaja tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina. - Sinar Harian