awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023

Bernama
Bernama
01/11/2024
08:30 MYT
Kesalahan amang seksual  fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Menurut laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2024, kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada 2023. - Gambar failBernama
PUTRAJAYA: Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Dalam kenyataan sempena penerbitan Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2024 hari ini beliau berkata kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada 2023.
Bagi kanak-kanak terlibat dengan jenayah, bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia meningkat 26.5 peratus pada 2023 kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes pada 2022.
"Daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2023 meningkat 26.1 peratus kepada 8,536 kanak-kanak berbanding 6,770 kanak-kanak pada 2022," katanya.
Mohd Uzir berkata berdasarkan statistik anggaran penduduk 2024, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah berjumlah 9.14 juta iaitu 26.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 34.06 juta.
"Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta. Kanak-kanak merupakan aset negara bagi penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata dari segi aspek tahap kesihatan kanak-kanak didapati Certain conditions originating in the perinatal period kekal menjadi sebab kematian utama yang disahkan secara perubatan bagi kanak-kanak kurang daripada lima tahun pada 2023.
Dari segi aspek pengambilan pelalian, liputan bagi semua jenis pelalian kepada bayi semakin baik pada 2023.
Hepatitis B mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 10.6 peratus kepada 107.7 peratus berbanding 97.1 peratus pada 2022, katanya.
Penerbitan Statistik Kanak-kanak Malaysia, 2024 boleh dimuat turun secara percuma menerusi portal Jabatan Perangkaan Malaysia (www.dosm.gov.my).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual fizikal
#Mohd Uzir Mahidin
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Statistik Kanak-Kanak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan