PUTRAJAYA: Seorang bekas guru bahasa Arab mula menjalani hukuman penjara lapan tahun hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan berumur 12 tahun pada 2018.
Nor Azlam Ab Rahman, 43, juga akan menerima satu sebatan rotan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan sebulat suara menolak rayuan Nor Azlam terhadap sabitan dan hukumannya selepas memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merit.
Dalam penghakiman mahkamah, Hanipah berkata berdasarkan keseluruhan bukti, sabitan kesalahan Nor Azlam adalah selamat.
Beliau berkata Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Nor Azlam gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, sambil menambah bahawa tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang memerlukan campur tangan rayuan.
Hakim itu berkata hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan yang dikenakan terhadap Nor Azlam oleh Mahkamah Sesyen adalah tidak keterlaluan.
Mahkamah kemudian mengeluarkan waran komital untuk Nor Azlam memulakan hukuman penjaranya mulai hari ini. Nor Azlam sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu rayuannya selesai.
Pada 5 Okt 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Nor Azlam bersalah kerana melakukan kesalahan seksual dengan menyentuh anggota badan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dan telah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan. Mahkamah Tinggi menolak rayuannya pada 16 Mei 2022.
Mengikut kertas pertuduhan, Nor Azlam melakukan kesalahan itu di makmal sebuah sekolah rendah di Kota Bahru, Kelantan pada 2.30 petang pada 4 Ogos 2018.
Dia diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohammad manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Dalam penghakiman mahkamah, hakim berkata berdasarkan keseluruhan bukti, sabitan kesalahan Nor Azlam adalah selamat. - Gambar hiasan
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kesalahan seksual terhadap murid 12 tahun: Bekas guru bahasa Arab dipenjara 8 tahun
Seorang bekas guru bahasa Arab mula menjalani hukuman penjara lapan tahun hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.