KUALA LUMPUR: Kesedaran masyarakat berhubung keselamatan di dalam air masih rendah dengan merekodkan 300 kes lemas sepanjang tahun lalu, lebih tinggi berbanding mangsa yang terkorban akibat terperangkap dalam kebakaran iaitu 130 kes.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata secara demografinya, dianggarkan 60 peratus mangsa yang maut akibat lemas itu berusia lingkungan sembilan hingga 39 tahun.
"Oleh itu, JBPM bersama Majlis Keselamatan Aktiviti Air akan bekerjasama membuat program kesedaran dan praktis kepada masyarakat tentang cara menyelamatkan diri atau mangsa jika berlaku kecemasan di dalam air," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sehari bersama JBPM dan Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi.
Selain itu, katanya JBPM juga akan mempertingkatkan kesedaran orang ramai berhubung keselamatan di rumah kerana ramai yang beranggapan rumah adalah tempat yang paling selamat.
"Sebenarnya tanggapan itu silap kerana rumah boleh menjadi tempat paling berbahaya jika kita tidak berhati-hati memandangkan banyak perkakasan elektrik dan dapur yang digunakan, boleh menjadi punca kebakaran, contohnya apabila mengecas telefon bimbit berlebihan atau terlupa menutup api selepas memasak," katanya.
Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata dianggarkan kira-kira RM3.2 bilion nilai kerugian bagi harta benda yang musnah akibat kebakaran direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lepas atau puratanya sebanyak RM180,000 sehari.
"Jumlah nilai kerugian harta benda yang musnah akibat kebakaran ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran jika ia tidak dibendung. Ini kerana nilai berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai keperluan lain termasuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid ketika sidang media selepas Program Sehari bersama Bomba dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah hari ini. - Foto BERNAMA
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Kesedaran masyarakat berhubung keselamatan dalam air masih rendah
Kesedaran masyarakat berhubung keselamatan di dalam air masih rendah dengan merekodkan 300 kes lemas sepanjang tahun lalu.