PETALING JAYA:"Saya tidak mampu lagi uruskan kehidupan. Saya mahu keluar. Saya mahu hentikan penderitaan ini."
Antara pemikiran morbid yang menghantui individu yang mempunyai masalah kesihatan mental, akhirnya mendorong mereka untuk membunuh diri, kata Pengerusi Befrienders Kuala Lumpur Justin Victor.
"Isu kesihatan mental dan bunuh diri penyebab utama kematian kelima di seluruh dunia, kini menjadi kebimbangan global utama," katanya, menunjuk pada anggaran konservatif Malaysia iaitu 1,780 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun atau lima kematian sehari.
"Bagi setiap orang yang membunuh diri, 25 individu telah cuba membunuh diri dan 125 mempunyai idea untuk menamatkan riwayat mereka," kata Victor dalam ceramah anjuran Kelab Rotary Lembah Klang di sini baru-baru ini, pada sesi pendahuluan webinarnya yang akan datang mengenai kesihatan mental.
Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan kesihatan mental rakyat Malaysia bagi golongan remaja berusia 13 hingga 17 tahun, satu dalam setiap lima orang mengalami kemurungan, dua dalam setiap lima orang dilanda simptom keresahan dan satu dalam setiap 10 orang mengalami tekanan.
Seorang peserta dalam ceramah itu turut membangkitkan kebimbangannya mengenai pandemik semasa COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya kejatuhan ekonomi antara faktor menyebabkan ramai masyarakat yang mengalami tekanan mental yang boleh menyumbang kepada isu kesihatan mental dan mendorong kejadian bunuh diri.
Victor yang mengakui kesan daripada senario semasa terhadap kesihatan mental tidak dinafikan, setiap individu juga perlu belajar untuk menguruskan tekanan dan bantuan itu boleh didapati. Lebih penting lagi, rakyat Malaysia harus menjadikan kesejahteraan mental sebagai keutamaan.
Isu kesihatan mental akan dibincangkan secara mendalam di webinar Kelab Rotary Lembah Klang pada 4 petang, 10 Okt bertemakan, Stop the Stigma: Let's Talk, dengan sokongan Befrienders Kuala Lumpur yang menawarkan sokongan emosi dan terlibat dalam pendidikan awam untuk mencegah kejadian bunuh diri.
Ia akan turut disertai Profesor Madya Dr Amer Siddiq dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Naib Presiden Befrienders Victor Tan mengenai kesihatan mental dan Eka Shereen akan berkongsi pengalaman peribadinya mengenai kemurungan.
Untuk menyertai webinar itu boleh mendaftar di https://bit.ly/3fZX94Y.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 04 2020

Menurut Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, satu daripada lima remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia mengalami kemurungan. - Gambar hiasan

Canselor Jerman | Konvensyen pilih penganti bagi memilih penggantinya
Konvensyen parti Kesatuan Demokrat Kristian, CDU bermula secara rasmi. Ini akan jadi platform penentu siapa menggantikan Canselor Jerman Angela Merkel.

COVID-19 | Mutasi baharu belum beri impak - WHO
Pertubuhan Bangsa Bersatu rayu komuniti dunia pertingkat koordinasi dalam melawan COVID-19. Kenyataan ini dibuat Setiausaha Agungnya Antonio Guterres ketika angka kematian dunia kini cecah 2 juta orang.

Jenayah | Dua peragut tumpas
Dua lelaki yang aktif melakukan jenayah ragut di sekitar daerah Brickfields tumpas selepas ditahan polis, pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar, kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menjalankan siasatan mengenai kegiatan mereka.

Kebakaran gudang | Bomba selamatkan enam pekerja
Enam individu mengalami detik cemas selepas gudang tempat mereka bekerja mengalami kebakaran dekat Jalan Gempita 7, Taman Salak Selatan di ibu negara, pada Sabtu. Dalam satu kenyataan, pusat gerakan operasi jabatan bomba dan penyelamat malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46 tengah malam.

Belasungkawa | Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 3.20 pagi.

PKP 2.0 | Tinjauan hari pertama pelaksanaan PKP di Sibu
Selain Kelantan, Sibu Sarawak juga menjadi daerah terbaru dilaksanakan PKP. Untuk kita meninjau dengan lebih dekat situasi di sana. Kita bersama dengan Khairuddin Rushdi Ayuphan, wakil Astro AWANI Sarawak

Banjir | Kemaskini situasi banjir di Sarawak
Setakat jam lapan pagi ini jumlah mangsa banjir kembali meningkat dengan 4,247 mangsa membabitkan 1,173 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Terus sahaja bersama wakil Astro AWANI Sarawak Nuzuluddin Abdul Razak untuk perkembangan di Bumi Kenyalang.

COVID-19 | Tinjauan hari pertama pelaksanaan PKP di Kelantan
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan. Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh Kelantan. Untuk tinjauan di negeri Kelantan kita bersama dengan Muhafandi Mohamad, wakil Astro AWANI Kelantan.

AWANI Ringkas: Tun Dr Salleh Abbas meninggal dunia | Kelantan laksana PKP bermula hari ini

COVID-19: Peningkatan kes di Kelantan akibat gelombang kepulangan perantau
Peningkatan kes dan penularan wabak COVID-19 secara mendadak di seluruh Kelantan dipercayai berpunca daripada gelombang kepulangan perantau baru-baru ini.

Tengku Puteri Iman Afzan penaung NCMW Malaysia
Keperluan semakin meningkat untuk bantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental, khususnya ketika pandemik COVID-19.

Kesejahteraan mental perlu jadi keutamaan rakyat Malaysia
Satu daripada lima remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia mengalami kemurungan.