BARU-BARU ini, terdapat laporan akhbar yang menyalahkan penggunaan Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS) sebagai salah satu punca laman web digodam.
Di sini, saya ingin menjelaskan apa sumbangan Perisian Terbuka ini kepada pembangunan teknologi maklumat.
Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS), adalah hasil daripada satu amalan bersifat sukarela dan gotong royong.
Ia adalah usaha untuk memastikan tiada siapa yang memiliki perisian dengan lesen yang hadkan penggunaan dan kenakan kos yang tidak berpatutan kepada penggunaan.
Ia bertujuan untuk memastikan perisian yang dibangunkan dapat dikongsikan pembangunan dan disebarkan tanpa kerisauan kepada milikan dan juga kos lesen.
Untuk memastikan prinsip ini berterusan dan sah disisi undang-undang, komuniti Sumber Terbuka melalui Open Source Initiative (OSI) iaitu satu organisasi antarabangsa, menyediakan platform untuk menjamin semua perisian sumber terbuka mempunyai lesen yang bersifat terbuka dan boleh diguna pakai oleh pelbagai pihak sama ada individu, organisasi bukan kerajaan, syarikat-syarikat dan kerajaan.
Usaha ini telah berlaku sejak Februari 1998, lebih 20 tahun perlesenan sumber terbuka dan usaha secara komuniti, sukarela dan gotong royong ini dilakukan, malah ia terus semakin kuat dan berterusan dengan sokongan pelbagai pihak dan syarikat yang menerima manfaat yang besar daripada segi kewangan dan juga faedah-faedah lain.
Lebih 20 tahun sejak 1998, perisian sumber terbuka telah menjadi tulang belakang industri ICT dunia seiring dengan keselamatan siber yang mengikuti rapat perisian sumber terbuka.
Terlalu banyak untuk disenaraikan daripada dahulu hingga sekarang pada setiap perisian sumber terbuka yang dibangunkan; daripada compiler C yang menjadi asas pembangunan kepada pelbagai lagi perisian sumber terbuka sehinggalah kepada Kernel Linux yang menjadi asas kepada perisian komputer-komputer dan peralatan rangkaian yang menjalankan internet dan juga perisian Android yang kuasakan telefon bimbit yang kita gunakan.
Kebanyakan syarikat-syarikat besar sekarang ini adalah berasas teknologi yang dibina atas perisian sumber terbuka. Bermula dengan syarikat Red Hat, yang pada awalnya mahu memudahkan pemasangan sistem operasi untuk komputer dan kemudiannya menjadi syarikat ‘Bilion Dolar’ yang kemudian dibeli oleh IBM, gergasi ICT dunia.
Google merupakan penyokong kuat kepada perisian sumber terbuka sejak daripada penubuhannya lagi.
Komputer-komputer yang menyokong infrastuktur Google dalam menjalankan perniagaan enjin carian yang dibina atas perisian sumber terbuka, kini berkembang penggunaan di seluruh dunia.
Google menjadi gergasi industri ICT dengan perisian sumber terbuka, begitu juga dengan Facebook, yang mula dibangunkan dengan perisian sumber terbuka PHP.
PHP adalah bahasa atur cara yang menjalankan Facebook malah ribuan laman-laman web seluruh dunia. Ia sungguh popular hingga sebarang isu keselamatan yang berlaku terasa bagai ia satu kelemahan PHP, sedangkan ia disebabkan oleh ralat yang berlaku kerana pembangunan perisian dengan cara amalan yang tidak selamat dan cekap.
Ia juga disebabkan tiada tindakan segera untuk membetulkan ralat.
Kerajaan Malaysia melalui agensi Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan juga CyberSecurity Malaysia (CSM) turut menyediakan program latihan khusus untuk pegawai-pegawai ICT dalam kerajaan dalam penggunaan Perisian Sumber Terbuka dan Keselamatan Siber.
Ia menjadi keperluan kepada kerajaan kerana penggunaan luas perisian sumber terbuka dan menangani masalah keselamatan siber dalam pelbagai kemudahan dan perkhidmatan ICT kerajaan Malaysia.
Ia harus dikekal peranan dan berterusan untuk melatih dan melahirkan kakitangan ICT yang setaraf, berkemahiran tinggi dan bekemampuan mengendalikan perisian sumber terbuka dan keselamatan kod serta aplikasi.
Tidak dapat dinafikan ada laman-laman web yang bocor atau ditembusi, namun kita perlu lihat dalam pandangan yang lebih luas, dalam beribu-ribu laman web, dengan ratusan laman-laman web perkhidmatan utama, semuanya dapat dipertahankan dan tiada isu-isu keselamatan.
Sebahagian kecil laman-laman web yang tembus apabila diperiksa semula adalah laman-laman web yang tidak penting atau perkhidmatan dalam peringkat untuk ditamatkan.
Malah ada juga yang sedang dalam usaha pembaikan, hanya keadaan tidak kesempatan pada masanya disebabkan isu isu tertentu.
Tiada mana mana aplikasi sumber terbuka yang 100 peratus bebas dari ancaman siber tetapi harus diingatkan bahawa kesedaran dalam menguruskan aplikasi sumber terbuka ini harus menjadi perkara yang utama iaitu “Update, Patching, Maintenance & Support (UPMS)” kerana ia saling berkait antara satu sama lain.
Ia harus berterusan dan tidak ditinggalkan separuh jalan hanya kerana mungkin disebabkan ramai beranggapan perisian sumber terbuka adalah percuma dan FOC tetapi tidak bagi servisnya yang perlu disediakan bajet yang sepatutnya.
Kami dalam Industri ICT sama ada individu, swasta dan juga kerajaan, sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan ICT dan Internet Malaysia ini sentiasa dalam keadaan selamat dan dikemas kini.
Perisian Sumber Terbuka dan Keselamatan Siber komuniti-komunitinya adalah satu usaha sukarela. Ia dilakukan dengan bertujuan untuk kebaikan untuk semua.
Tanpanya kita semua tidak akan dapat perkhidmatan yang canggih dan maju seperti sekarang ini.
Harisfazillah Jamel & Mohd Fazli Azran
Komuniti Sumber Terbuka Malaysia & Komuniti Keselamatan Siber
Astro Awani
Fri Sep 06 2019

Apakah sumbangan Perisian Terbuka ini kepada pembangunan teknologi maklumat. - Gambar hiasan
AS sekat visa ekstremis Israel lakukan keganasan di Palestin
Amerika Syarikat umum akan mengenakan larangan visa kepada Israel jika terus melakukan keganasan di Tebing Barat. Menurut Setiausaha Negara Antony Blinken larangan visa terhadap ekstremis zionis yang melakukan keganasan kepada warga palestin selain kemusnahan tempat tinggal.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Merangkap Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak Selasa lalu.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Rabu mencatatkan penurunan kepada 3,260 mangsa berbanding lebih 6,000 mangsa semalam.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan ada racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Grand Theft Auto VI dijangka hadir 2025, penantian 12 tahun bakal berakhir
Menerusi treler yang dikongsikan, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.
![[KOLUMNIS] Pendekatan Malaysia terhadap kehadiran polis asing: Pengajaran dari Thailand [KOLUMNIS] Pendekatan Malaysia terhadap kehadiran polis asing: Pengajaran dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603636859_TBPUTRAJAYA.jpg)
[KOLUMNIS] Pendekatan Malaysia terhadap kehadiran polis asing: Pengajaran dari Thailand
Malaysia harus kekalkan pendekatan seimbang, pastikan hubungan ekonomi dengan kuasa besar tidak gugat kedaulatan dan kemerdekaan.
AWANI Ringkas: Kanak-kanak 6 tahun hilang sejak Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.
COP28: Climate resilience in the built environment & communities
Explore climate resilience in the built environment and communities at COP28 in Dubai. Join discussions led by key speakers, including Rais Imran, Chief Strategy Officer of UEM Edgenta, and Fadi Nwilati, Chief Executive Officer of Kaizen AMS. Gain insights into strategies for building resilience against climate challenges in both urban spaces and communities. Don't miss this opportunity to engage with experts and contribute to the discourse on creating sustainable and resilient environments.

Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.

Cyber999 rekod 3,837 insiden keselamatan siber tahun ini - Teo Nie Ching
Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Peruntukan RM10 juta kepada NSRC sejajar agenda perangi 'scam' - CSM
Inisiatif memerangi jenayah berkenaan amat bertepatan dengan suasana keselamatan siber semasa yang semakin mencabar susulan peningkatan kes serta nilai kerugian.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber dijangka dibentang Jun ini
Fahmi berharap cadangan penubuhan itu dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini selepas mendapat kelulusan Kabinet serta pengurusan tertinggi.

CyberSecurity Malaysia, CGSO jalin kerjasama perkasa bidang keselamatan siber
Kerjasama yang dimeterai antara CSM dan CGSO itu merupakan satu usaha bagi memperkukuhkan prasarana keselamatan siber negara.

PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tan Sri Zulkifeli dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia
Beliau menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamad yang bersara pada 30 Jun lalu.

Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024
Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber menjadi antara pengerak agenda untuk melahirkan 20,000 bakat dalam bidang keselamatan siber menjelang 2024.

Pemasangan makmal ujian keselamatan siber 5G bagi fasa pertama telah dimulakan
Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Malaysia diberi kepercayaan terajui APCERT - CyberSecurity Malaysia
Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menerajui APCERT yang merupakan platform negara di rantau ini menangani ancaman dan serangan siber.