awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/10/2023
03:58 MYT
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Loke berkata, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis bahawa kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Menurutnya, ia termasuk cadangan mewujudkan perkhidmatan feri menghubungkan kedua-dua negara, terutamanya dari Johor Bahru ke Singapura.
Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
“Kita sedang cuba melihat pelbagai cara, melibatkan koordinasi daripada pelbagai agensi untuk mengurangkan masa yang kita perlukan untuk menyeberangi Tambak Johor itu.
“Antara perkara diambil perhatian, umpamanya kaunter untuk kemasukan dari Singapura, untuk membayar caj, sudah disatukan.
“Sudah tentunya ia menjimatkan masa tapi ada pelbagai cara lain juga, seperti menambah lorong motosikal, kaunter dan memastikan semua kaunter itu digunakan sepenuhnya.
“Kita rasa bukan mudah untuk kita selesaikan kesesakan ini. Dari segi jangka masa panjang, bila siap projek RTS (Sistem Transit Rapid), ia dapat menyuraikan kesesakan di Tambak Johor,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang membangkitkan isu kesesakan di Tambak Johor dalam Dewan Rakyat pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Tambak Johor
#kesesakan
#feri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan