Tahap kesihatan kanak-kanak perempuan yang diselamatkan di Sungai Dua, Pulau Pinang dalam keadaan lemah dan kelaparan minggu lepas semakin baik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata kanak-kanak perempuan itu juga sudah mula bercakap, berkemungkinan sudah hilang kesan trauma akibat dikurung berbanding ketika diselamatkan pada 15 Jan lepas.
"Untuk makluman tahap kesihatan kanak-kanak itu sudah lebih baik, dia sudah mula bercakap dan berat badan bertambah dua kilogram," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kampung Pinang, Kampung Nangka dan Kampung Entingan, di Bahagian Samarahan, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kanak-kanak itu masih mendapatkan rawatan di hospital dan pihaknya dengan kerjasama polis akan memastikan hanya waris terdekat dibenarkan melawatnya.
"Kita tunggu kanak-kanak tersebut keluar dari hospital untuk kita dapatkan perintah mahkamah untuk memohon perintah jagaan sementara.
Namun begitu pada masa yang sama kita akan tetap mencari waris terdekat bagi tujuan menjaga kanak-kanak itu, ini selaras dengan polisi kita yang mahukan jika boleh kanak-kanak itu berada dalam jagaan ahli keluarga sendiri," kata Rohani.
Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik pada Khamis lepas.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan.
Sementara itu, mengulas penemuan mayat bayi dalam mangkuk tandas di Blok H, Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Bintulu, hari ini, Rohani sangat kesal dengan insiden tersebut dan mengulangi keperluan pindaan Akta Kanak-kanak 2001 dilakukan.
"Ini yang perlu di dalam dalam pindaan itu nanti, kita akan masukkan kesalahan pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak, termasuk kesalahan terhadap pembuangan bayi. Mengenai penemuan mayat bayi ini saya akan berhubung dengan pegawai saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, tengahari tadi memaklumkan kepada media mengenai operasi khas oleh Balai Bomba Bintulu yang bertindak membantu mengeluarkan mayat bayi dari mangkuk tandas di universiti berkenaan dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Bernama
Wed Jan 21 2015
ROHANI: Kesihatan kanak-kanak mangsa kurung di Pulau Pinang bertambah baik - Gambar fail
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.