KUALA LUMPUR: Menguruskan kesihatan mental merupakan keutamaan tertinggi kerajaan ketika ini bagi memastikan lekuk jangkitan COVID-19 bukan sahaja dapat dilandaikan, tapi juga dapat dibanteras sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata jangkitan COVID-19 yang sudah berlarutan lebih setahun memberi kesan kepada psikologi manusia, terutama kesihatan mental, bukan hanya dalam kalangan petugas barisan hadapan, tapi juga kepada seluruh penduduk negara secara amnya, dan ia sekali gus menuntut strategi teratur bagi menundukkan kitaran ganas itu.
"Kita perlu menguruskan kesihatan mental menggunakan pendekatan kognitif-tingkah laku, kesedaran dan juga kerohanian. Dengan mengamalkan perkara ini kita boleh tingkatkan penerimaan kita, optimisme, dan komitmen untuk bersedia menerima 'norma baharu atau yang diperbaharu'," katanya semasa menyampaikan ucaptama di Malaysia Healthcare Conference 2021 yang berlangsung secara maya.
Selain itu Dr Adham berkata tahap salah maklumat yang tinggi, teori-teori konspirasi, dan khabar angin yang sengaja dibangkitkan dan disebar meluas oleh media sosial berkaitan COVID-19, hanya akan menjejaskan usaha memerangi pandemik, dalam jangka masa pendek mahupun panjang.
"Banyak pemeriksa fakta bertindak balas terhadap maklumat palsu di media sosial dengan bertindak memadamkannya, atau meletakkan pelbagai tanda amaran; malah Facebook baru-baru ini mengumumkan dasarnya berhubung salah maklumat berkaitan COVID-19 dengan mengatakan ia akan memadamkan sebarang maklumat palsu berhubung vaksin," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Adham berkata pesanan yang konsisten mengenai kepentingan kesihatan awam dan penambahan dana kepada pemeriksaan fakta benar kelihatan amat diperlukan sebagai langkah segera, dan pastinya ia memerlukan kajian dasar, garis panduan, serta peraturan yang berkaitan dengan hak individu terhadap maklumat mengenai COVID-19.
"Pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam yang drastik juga perlu dikaji semula, di samping pentadbiran teknologi baharu yang berasaskan kepada penyelesaian dalam penjagaan kesihatan," katanya.
Beliau berkata COVID-19 juga menuntut kepada kepentingan pembaharuan dalam penjagaan kesihatan di samping menekankan kepada kepentingan ekuiti dan akses kesihatan bagi komuniti.
Menurutnya sejak lebih setahun penularannya, COVID-19 membawa perubahan besar kepada sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dan salah satu kesan besar adalah dari segi menyegerakan transformasi digital penjagaan kesihatan secara global.
Dr Adham berkata Malaysia berjaya mewujudkan digital respons COVID-19 dengan enam fokus utama, yakni risiko strategik dan komunikasi; penglibatan komuniti; keefisienan operasi; pandangan jauh dan mendalam; infrastruktur dan penambahbaikan; serta penyelidikan dan ujian klinikal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Menguruskan kesihatan mental merupakan keutamaan tertinggi kerajaan ketika ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. - Gambar fail/BERNAMA
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Astro lancar inisiatif AI menerusi siri Project EXIT, sokong keterlibatan positif di media sosial
Astro, menerusi siri terbaharu Astro Originals, Project EXIT, memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.