KUALA LUMPUR: Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih daripada jangkitan, kata pihak Istana Norway.
Pihak istana menerusi laman sesawang www.royalcourt.no pada Rabu berkata keadaan kesihatan Raja Harald V yang semakin pulih disahkan oleh doktor peribadinya di Langkawi.
"Baginda dirawat dengan baik di hospital dan menerima rawatan yang baik," menurut kenyataan itu.
Menurut Istana Norway, Raja Harald V akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi dan belum ada keputusan dibuat berhubung keberangkatan pulang baginda ke tanah air.
"Kedutaan Norway di Kuala Lumpur telah menawarkan bantuan praktikal semasa lawatan ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa program rasmi bagi seluruh kerabat diraja akan diteruskan seperti yang dirancang.
Pada Rabu, Bernama melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Wad Diraja hospital itu selepas gering semasa bercuti di Malaysia.
Raja Harald V yang sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia dijadual menyambung semula tugas rasminya pada 8 Mac, apabila baginda dijangka bertemu dengan anggota Kabinet di Istana Diraja di Oslo.
Dilahirkan pada 21 Feb 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada tahun 1991.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Raja Harald V akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi dan belum ada keputusan dibuat berhubung keberangkatan pulang baginda ke tanah air. - Gambar fail/Reuters
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Raja Norway Harald V perlukan perentak jantung kekal
Raja Norway Harald V akan menerima perentak jantung kekal, menurut keluarga diraja pada Isnin.
Raja Norway berangkat pulang dari Langkawi
Kenderaan membawa Raja Harald V yang diiringi polis dan rombongan pengiring baginda keluar dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) menuju ke LTAL pada 12.25 tengah hari.
Raja Harald V terus pulih, usaha diambil untuk bawa pulang baginda - Istana Norway
Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway.
Raja Norway kian pulih, masih dirawat di Langkawi
Tumpuan sekarang ialah memastikan Raja boleh pulang ke Norway dengan menaiki kapal terbang dalam beberapa hari akan datang.
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.
Raja Norway, Raja Harald V kini dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi
Raja Norway Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, kata jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa.