awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesilapan data suntikan vaksin telah diperbetulkan - JKNK

Bernama
Bernama
25/03/2021
20:56 MYT
Kesilapan data suntikan vaksin telah diperbetulkan - JKNK
Langkah-langkah pembetulan telah diambil pihak jabatan malah proses validasi sistem juga telah dilakukan dari semasa ke semasa. -Astro AWANI / Shahir Omar
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengakui kesilapan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga menyebabkan berlaku pertindihan maklumat nombor kad pengenalan seorang wanita sebagai individu yang sudah menerima vaksin.
Memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin memberi jaminan kesilapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kebocoran data peribadi individu terbabit dan langkah pembetulan telah dilakukan.
"Langkah-langkah pembetulan telah diambil pihak jabatan malah proses validasi sistem juga telah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, tular di Facebook kisah seorang wanita yang berhasrat mendaftar untuk pengambilan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera namun beliau mendapati dirinya sudah direkodkan sebagai telah menerima suntikan pertama vaksin pada 3 Mac lepas di Klinik Kesihatan Selising dekat sini.
Menerusi hantaran itu, wanita terbabit mendakwa aplikasi tersebut turut mengeluarkan notifikasi kepadanya agar mendapatkan suntikan kedua vaksin semalam selain memaklumkan bahawa beliau bukan terdiri daripada petugas barisan hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#kesilapan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#Klinik Kesihatan Selising
#pertindihan maklumat
#petugas barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan