awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencuri larikan kereta, tidak sedar remaja perempuan duduk belakang
Guru didakwa gunting tudung pelajar dipindahkan ke sekolah lain - Pengarah Pendidikan Sabah
Peru isytihar darurat di 134 daerah susulan hujan lebat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun

Amanz
Amanz
19/01/2026
03:40 MYT
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Kapasiti bateri berkurangan pada kadar purata 2.3 peratus setahun, walaupun selepas 12 tahun, bateri masih mengekalkan sekitar 75 peratus kapasiti asal. -Gambar hiasan/Amanz
KAJIAN terbaharu oleh syarikat analitik data automotif, Geotab, menunjukkan bateri kenderaan elektrik (EV) mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding kebimbangan lazim pemilik, dengan purata ketahanan sekitar 13 tahun.

Ringkasan AI
  • Bateri kenderaan elektrik (EV) memiliki jangka hayat lebih panjang daripada yang dijangka, purata ketahanan sekitar 13 tahun.
  • Kapasiti bateri berkurangan pada kadar purata 2.3 peratus setahun, walaupun selepas 12 tahun, bateri masih mengekalkan sekitar 75 peratus kapasiti asal.
  • Penggunaan pengecas pantas arus terus (DC) boleh mempercepatkan penurunan kesihatan bateri berbanding pengecas arus ulang alik (AC) Tahap 2 yang lebih perlahan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Geotab menganalisis data lebih 22,700 EV merangkumi 21 pengeluar dan pelbagai model sejak 2020. Hasil kajian mendapati kapasiti bateri berkurangan pada kadar purata 2.3 peratus setahun.
Selepas 12 tahun, bateri masih mengekalkan sekitar 75 peratus kapasiti asal, yang dianggap memadai memandangkan kebanyakan pemilik menukar kenderaan baharu setiap lapan tahun.
Penemuan itu sekali gus menyangkal kebimbangan bahawa EV perlu ditukar lebih awal berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kerana kos penggantian bateri yang tinggi.
Pada masa sama, kajian menunjukkan penggunaan pengecas pantas arus terus (DC) boleh mempercepatkan penurunan kesihatan bateri berbanding pengecas arus ulang alik (AC) Tahap 2 yang lebih perlahan.
Seperti peranti elektronik lain, strategi mengecas secara perlahan didapati membantu mengekalkan hayat bateri EV untuk tempoh lebih panjang. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah purata ketahanan bateri kenderaan elektrik (EV) berdasarkan kajian terbaharu oleh Geotab? A: Purata ketahanan bateri kenderaan elektrik (EV) adalah sekitar 13 tahun berdasarkan kajian oleh Geotab.
  • Q: Mengapakah penemuan kajian Geotab mengenai bateri kenderaan elektrik (EV) penting? A: Penemuan kajian Geotab penting kerana ia menyangkal kebimbangan bahawa EV perlu ditukar lebih awal berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) disebabkan kos penggantian bateri yang tinggi.
  • Q: Bagaimanakah penggunaan pengecas pantas arus terus (DC) boleh mempengaruhi kesihatan bateri EV? A: Kajian menunjukkan bahawa penggunaan pengecas pantas arus terus (DC) boleh mempercepatkan penurunan kesihatan bateri berbanding pengecas arus ulang alik (AC) Tahap 2 yang lebih perlahan.

Topic Berkaitan
#bateri EV
#Geotab
#13 tahun
#pengecasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan