Skip to main content

Malaysia

Aidilfitri: Larangan kenderaan berat di jalan raya pada 19-20 Mac, 28-29 Mac

TAPAH, 2 Feb -- Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan yang sesak berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina.  Tinjauan Bernama berdekatan susur keluar Bidor sekitar jam 4 petang mendapati kesesakan berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan sejak pagi tadi.  --fotoBERNAMA
Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada 19 dan 20 Mac, iaitu sebelum Aidilfitri, serta 28 dan 29 Mac selepas perayaan itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) selama empat hari itu mengambil kira peningkatan trafik ketara kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

Advertisement

“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.

“Justeru, MOT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan MOT 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata JPJ akan memantau sektor pengangkutan darat dengan lebih kerap bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi.

Loke menggesa rakyat mengutamakan pengangkutan awam, manakala pemandu kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.

-- BERNAMA

Must Watch Video