KUALA LUMPUR: Malaysia perlu terus mengambil langkah berkecuali namun proaktif susulan ketegangan yang berlaku di antara China dan Amerika Syarikat.
Menurut Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, dalam hal ini, Malaysia selaku anggota negara ASEAN perlu aktif menyuarakan desakan untuk satu penyelesaian secara aman dilakukan.
“Malaysia perlu teruskan ambil pendekatan berkecuali cuma kita jangan pasif, kita perlu aktif dalam isu ini.
“Dan peranan kita akan lebih kuat kalau kita bergerak dalam satu gabungan kolektif yang lebih besar.
"Peranan ASEAN sebenarnya lebih penting, Malaysia bersama-sama ASEAN boleh mewujudkan jalan penyelesaian dalam isu ini dengan berinteraksi dengan China, Amerika termasuk Taiwan,” jelasnya.
Bagaimanapun beliau menyifatkan tindakan ketenteraan yang diambil China ke atas Taiwan ketika ini adalah hanya reaksi semasa dan tidak akan berlanjutan seperti krisis yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.
“China menyedari bahawa mereka mempunyai hubungan ekonomi yang rapat dan kuat di negara-negara Asia Tenggara.
"Pelaburan China dengan Asia Tenggara berjumlah hampir AS$700 bilion dan laluan perdagangan di Laut China Selatan bernilai AS$5 trilion.
“Kalau perang berlaku ini menjejaskan dagangan mereka dan kalau berlanjutan ia memberi impak dagangan di Asia Tenggara, inilah impak yang China tak mahu dan Amerika pun tak mahu kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi dunia,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau melihat ASEAN perlu mainkan peranan aktif dalam konteks diplomasi, kerana China rakan dagangan terbesar ASEAN, dan China mahu negara-negara ASEAN bersahabat dengannya.
Taiwan kini dikatakan telah terputus dari dunia luar disebabkan latihan ketenteraan China selepas Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi meninggalkan pulau itu pada Rabu.
Ketika ini, laporan antarabangsa menyebut, China melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran yang julung kali membabitkan tembakan peluru hidup di enam kawasan sekeliling Taiwan.
Azyyati Ahmad
Fri Aug 05 2022

Taiwan kini dikatakan telah terputus dari dunia luar disebabkan latihan ketenteraan China selepas Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi meninggalkan pulau itu pada Rabu. -AP

DBKL naik taraf penghadang laluan pejalan kaki mesra OKU
Langkah itu sebagai maklum balas terhadap penularan sebuah video mengenai kesukaran orang awam ketika melalui penghadang sedia ada.

Pejabat HAL India akan dibuka di Kuala Lumpur
Pejabat itu membantu HAL memanfaatkan peluang perniagaan baharu untuk jurulatih utama pejuang LCA dan keperluan lain TUDM.

In Realty | Hartanah yang menghubungkan lima lebuh raya utama
Segmen In Realty kali ini, Syed Farradino Omar menjenguk kediaman berbentuk Town House di selatan Lembah Klang dekat Cybersouth. Menariknya, pemilik berbeza bagi tingkat atas dan bawah, namun berkongsi satu 'courtyard' yang sama di tengah rumah. Pembangunan Casa Bayu ini lengkap dengan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang aman.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983298/thumbnails/39048491611660869375980_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Rayuan SRC: Najib akui tidak dapat pertahankan diri, bantah keputusan panel hakim Portal aduan buli dilancar, adu terus ke Kementerian Pendidikan - Radzi Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin #AWANInews #MalaysiaBangkit

Derita sakit buah pinggang selepas makan mi segera setiap hari
Corak pemakanan tidak seimbang itu menyebabkan dia disahkan menghidap darah tinggi sekali gus menderita penyakit itu sejak tujuh tahun lalu.

PM Finland kesal video menari tular tersebar
Jelas Sanna Marin, video berkenaan dirakam untuk simpanan peribadi dan sepatutnya hanya untuk tontonan rakan-rakannya.

Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United
Walaupun masa depannya tidak menentu, namun beberapa pihak dilihat berminat mengambil alih daripada keluarga Glazer.

Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

Ekspo Teknologi | Robot pelayan, doktor, bomba dipamerkan
Pelbagai jenis robot mengambil bahagian dalam Ekspo Robot Dunia di Beijing, China yang mempamerkan keunikan serta memberi manfaat kepada sistem kesihatan. Antara yang menarik perhatian adalah robot yang mampu menjalankan ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) dan robot yang mampu bertahan dengan suhu 1,000 darjah celcius untuk melawan kebakaran.

Cacar Monyet | Amerika Syarikat tingkat 1.8 juta bekalan vaksin
Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan bekalan vaksin cacar monyet dengan menyediakan tambahan 1.8 juta dos. Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Rochelle Walensky berkata ia susulan jumlah kes yang dilaporkan di negara itu meningkat melebihi 13,500.

Pendekatan AS terhadap Taiwan kekal tidak berubah, tetap dengan dasar 'Satu China'
Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) ke Asia Timur Daniel Kritenbrink menegaskan pendekatan AS terhadap Taiwan tidak berubah dan selaras dengan dasar 'Satu China'.

Ringgit susut susulan sentimen enggan ambil risiko kekal selepas mesyuarat Fed
Ringgit ditutup pada paras terendahnya sejak awal Januari 2017 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19
Agensi kesihatan terkemuka Amerika pada Rabu mengumumkan ia merancang untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.

Demi pelajaran, Azeem Fahmi tolak tawaran jadi atlet profesional antarabangsa berpusat di AS, Eropah
Muhammad Azeem tolak tawaran jadi atlet profesional antarabangsa, mahu tumpu pada akademik

Serbuan Mar-a-Lago mungkin tingkatkan kembali populariti Trump - Penganalisis
Trump mengutuk serbuan itu dan menyifatkan sistem keadilan AS menyasarkan dirinya.

Sebahagian besar isu utama perjanjian nuklear Iran selesai - AS
Rundingan tidak langsung antara Iran dan AS, dengan Kesatuan Eropah sebagai perantara, berakhir di Vienna awal bulan ini dengan mencapai draf perjanjian.

Media salahkan Kerajaan AS kurang tindakan bendung peningkatan ketara cacar monyet
Menurut data terkini, sebanyak 11,177 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Jumaat.

Majikan Amerika Syarikat terdesak cari pekerja
Lebih 10 juta peluang pekerjaan tidak diisi manakala bilangan pencari kerja pula kurang daripada 6 juta.

China umum lebih banyak latihan ketenteraan sekitar Taiwan
Beijing dalam pada itu mengancam akan meningkatkan ketegangan dengan Washington.

Delegasi AS sekali lagi ke Taiwan
Rombongan itu adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan dua minggu selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.