KUALA LUMPUR: Ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu membabitkan Islamofobia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
Rata-rata pakar dan tokoh agama berkongsi pandangan sama apabila Perdana Menteri menyatakan ketegasan dalam Kenyataan Negara di UNGA Ke-78 di New York pada Jumaat berhubung isu Islamofobia yang melanda dunia kini yang disifatkan satu pendirian terpuji.
Bagi Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, selain pendirian terpuji Malaysia dan Turkiye dalam menangani isu itu, kesemua negara Islam yang lain juga perlu tegas secara kolektif agar usaha ini dapat memberi impak positif dengan penglibatan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Beliau berkata semua pemimipin dunia Islam harus membantah tindakan sesetengah negara yang membakar al-Quran kerana ia dilihat mampu memberi ingatan keras kepada negara berkenaan supaya tidak mengulangi tindakan itu.
"Al-Quran tidak mengajar pembacanya membenci dan memusuhi, sebaliknya menggalakkan sikap bertoleransi dan saling menghormati antara seluruh manusia tanpa mengambil kira perbezaan agama, keturunan dan budaya," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohammad Nidzam Abd Kadir berkata inisiatif kerajaan mencetak satu juta naskah al-Quran untuk diedarkan di seluruh dunia adalah antara langkah terbaik dalam mengekang isu terbabit.
Bagaimanapun, beliau berpandangan penganjuran sesi dialog dan debat agama juga perlu diangkat dengan matlamat utama untuk mengenali titik persefahaman dalam aspek perbezaan dan persamaan setiap agama.
"Kita perlu nyatakan bahawa umat Islam akan bangun membela jika hak setiap agama dinafikan dan kitab suci setiap agama dihina. Ini kerana Islam sendiri tidak membenarkan penghinaan dilakukan terhadap mana-mana agama," katanya.
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berpandangan kerajaan perlu konsisten dalam usaha menyedarkan dunia tentang isu-isu membabitkan Islamofobia.
"Malaysia sepatutnya mencontohi Turkiye. Dalam kalangan negara Islam, memang Turkiye agak terkedepan mempertahankan Islam. Jadi, sudah tentu Malaysia memerlukan rakan sebegini untuk bersolidariti dalam mempertahankan dan memperjuangkan Islam," katanya.
Pada Jumaat, Anwar dalam Kenyataan Negara yang disampaikan pada sesi Debat Umum UNGA-78 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat berkata Malaysia bimbang dengan kemunculan "bentuk perkauman baharu" yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.
Dalam ucapan sama, Anwar turut menyentuh beberapa isu seperti insiden membakar Al-Quran, tindakan kekejaman rejim zionis terhadap Palestin, selain turut menggesa agar isu Rusia-Ukraine dapat diselesaikan oleh PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Anwar ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Debat Umum Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), di Ibu Pejabat UN, New York, 22 Sept 2023. --fotoBERNAMA

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.

Visi komuniti berkongsi nasib termaktub dalam resolusi UNGA
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan visi China itu termaktub dalam resolusi berkenaan selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2017.

Malaysia hargai 121 negara yang memperjuang nasib Gaza dalam sesi tergempar UNGA
Malaysia menghargai 121 negara yang berani untuk bersuara demi kemanusiaan dan menyokong resolusi Gaza yang ditaja oleh Jordan.

Hamas desak pelaksanaan resolusi UNGA untuk bantu Gaza
Langkah itu akan memboleh bantuan kemanusiaan memasuki Gaza untuk mengelak bencana kemanusiaan.

Malaysia sambut baik resolusi gencatan senjata - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.

Presiden Palestin sambut baik keputusan UNGA terima resolusi mengenai Gaza
Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu.

UNGA terima resolusi untuk gencatan senjata segera, bantuan kemanusiaan di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung

Malaysia optimis resolusi pada sesi tergempar UNGA dapat sokongan
Optimisme itu setelah mengambil kira jumlah negara yang hadir pada sesi berkenaan yang diharapkan berakhir dengan keputusan yang baik.

Indonesia lantang kritik PBB, mahu majlis kembalikan sifat 'kemanusiaan'
Majlis Keselamatan itu memiliki tanggungjawab besar menjaga perdamaian dunia, namun masih gagal mencapai keputusan di saat korban meningkat.

Benarkan bantuan ke Gaza, tindakan sekat jelas langgar undang-undang antarabangsa - PBB
Semua pihak harus pastikan bantuan yang diperlukan sampai ke penduduk Gaza.

PBB gesa koridor kemanusiaan buat Gaza dibuka tanpa syarat
Beliau turut menyuarakan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumbahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.