Demi rasa kasih terhadap kucing, Normala Daud sanggup mengutamakan keperluan kucing peliharaannya berbanding diri sendiri meskipun terpaksa bersusah payah.
Ibu kepada empat orang anak ini memelihara kucing jalanan yang dikutip atau ditinggalkan orang kepadanya untuk dibela sejak enam tahun dahulu.
Tidak peduli apa orang kata, Normala atau lebih dikenali sebagai Makcik Mala menegaskan, tindakannya antara lain bagi melindungi haiwan itu daripada dianiaya pihak tidak bertanggungjawab.
"Cik Mala rasa apa yang Cik Mala buat ni adalah yang terbaik. Cik Mala mampu jadi Cik Mala adakan sebuah rumah sewa ni khas untuk dia orang dan Cik Mala juga tinggal dekat sini.
“Cik Mala rasa dengan cara inilah boleh tunjukan pada masyarakat yang saya benar-benar serius dalam apa yang saya buat ni. Jadi saya rasa kalau orang kata saya bodoh... ini bukan satu kebodohan sebenarnya ini satu hakikat yang harus kita terima depan mata kita dan kita tak boleh biarkan ianya berlarutan tanpa pembelaan," katanya.
Bermula daripada empat ekor kucing, Makcik Mala kini membela 130 ekor kucing yang pastinya menuntut perbelanjaan besar bagi menampung keperluan mereka.
Bagaimanapun, atas dasar tanggungjawab dia tidak pernah mengeluh walaupun wanita berusia 57 tahun ini menghidap penyakit kencing manis kronik.
Malah Makcik Mala mengimpikan untuk mewujudkan perkampungan kucing di belakang rumahnya.
Pada masa sama dia berharap ada insan prihatin menghulurkan bantuan bagi membantunya memelihara kebajikan haiwan tersebut.
Astro Awani
Fri Jun 14 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ketepikan pandangan serong demi 130 ekor kucing
Demi rasa kasih terhadap kucing, Normala Daud sanggup mengutamakan keperluan kucing peliharaannya berbanding diri sendiri meskipun terpaksa bersusah payah.