awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketetapan pemakaian pelitup muka semasa solat Aidilfitri diumum dalam masa terdekat - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
18/04/2023
07:08 MYT
Ketetapan pemakaian pelitup muka semasa solat Aidilfitri diumum dalam masa terdekat - Mohd Na'im
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.
Beliau berkata walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi tersebut sebelum keputusan mengenainya diambil.
“Dalam Islam memang kita digalak untuk berjaga-jaga, lebih-lebih lagi dalam hal mengawal diri bagi pastikan wabak COVID-19 tidak merebak, namum sebarang ketetapan perlu dirunding dan dibincangkan dengan pihak berwajib terlebih dahulu.
“Saya akan berbincang segera dengan Ketua Pengarah Jakim (Datuk Hakimah Mohd Yusoff) dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Prof Madya Luqman Abdullah) bagi melihat keperluan mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh jemaah ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan mewajibkan atau menggalakkan pemakaian pelitup muka ketika solat Aidilfitri sebagaimana dilakukan Perlis.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini dilaporkan bertitah jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh Perlis digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID akhir-akhir ini.
Titah berkenaan adalah selaras dengan pelaksanaan solat Aidilfitri di seluruh negeri itu yang turut digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada 8 pagi, sama seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita selepas menjadi tetamu Program Nota Rohani: Raikan Kemenangan Istiqamah Beribadah di Bernama Radio di sini hari ini, Mohd Na'im berkata hasil perbincangan itu kemudiannya akan dibawa dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan sebelum keputusan mengenainya diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan setiap negeri mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggunakan pendekatan sebagaimana dilakukan Perlis bagi bersama-sama menghalang kemungkinan penularan jangkitan COVID-19.
“Bagi masjid dan surau di bawah Jakim, kita akan mulakan perbincangan mengenai ketetapan pemakaian pelitup muka, manakala untuk negeri-negeri lain, kita serahkan kepada kebijaksanaan majlis agama dan pengurusan masjid dan surau menentukan pendekatan terbaik masing-masing,” katanya.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan dilaporkan berkata tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hari Raya Aidilfitri 2023
#pelitup muka semas solat Aidilftri
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan