awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketibaan vaksin tanda sinar baharu dalam perjuangan perangi COVID-19 - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
21/02/2021
14:48 MYT
Ketibaan vaksin tanda sinar baharu dalam perjuangan perangi COVID-19 - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia simbolik kepada segala usaha, keringat, air mata dan pengorbanan dalam menghadapi cabaran pendemik itu selama ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia hari ini menandakan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang COVID-19, memberi harapan agar rakyat kembali bersama dalam usaha untuk mengakhiri pandemik itu.
Menyifatkan ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi sebagai peristiwa bersejarah, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia simbolik kepada segala usaha, keringat, air mata dan pengorbanan dalam menghadapi cabaran pendemik itu selama ini.
"Satu sinar baharu, medan perjuangan baharu dan berbeza dengan strategi tambahan untuk memerangi virus, memberikan sinar harapan," katanya dalam catatan Facebooknya.
Turut hadir di KLIA ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Dr Noor Hisham juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan dan tenaga kerja Kementerian Kesihatan atas dedikasi serta ketekunan mereka dan berdoa agar Yang Maha Esa memberkati, melindungi, memberi kekuatan dan meringankan beban dalam menghadapi cabaran pandemik.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
"Tiada siapa selamat sehingga semuanya selamat," katanya.
Pesawat MH604 dengan hiasan livery Jalur Gemilang sebagai simbolik bahawa vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia, membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat pada pukul 10.07 pagi.
Penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300 membawa vaksin COVID-19 itu, dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo), cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan digerakkan lebih awal daripada jadual asal, kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi .
-- BERNAMA
Semua berita vaksin COVID-19
Semua berita vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#ketibaan vaksin
#vaksin
#Pfizer-BioNTech
#sinar baharu
#COVID-19
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan