JUARA Gegar Vaganza musim keenam GV6, Naqiu mendedahkan separuh daripada duit kemenangannya ketika itu diinfaqkan kepada golongan memerlukan.
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
"Sebenarnya separuh daripada duit kemenangan itu saya infaqkan sebab ketika itu PKP, ramai orang dalam kesusahan.
"Tapi saya bukan jenis yang pergi ke lokasi tertentu, saya ambil nombor akaun saya transfer," ujarnya ketika ditemu bual untuk segmen Pintu Belakang All Stars Gegar Vaganza.
Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk bergelar juara musim ini, jawab Naqiu; "Saya tak yakin tapi saya akan cuba, dapat tak dapat itu belakang cerita. Kalau tak cuba tak tahu."
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. -Gempak
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Gempak
Sun Oct 01 2023
Juara Gegar Vaganza musim keenam GV6, Naqiu mendedahkan separuh daripada duit kemenangannya ketika itu diinfaqkan kepada golongan memerlukan. -Gempak
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Terpesona seni bina bersejarah, Naqiu cari ilham dan ketenangan di Prague
Juara Gegar Vaganza musim keenam, Naqiu, sempat menjejakkan kaki ke ibu kota Republik Czech bersama isteri tercinta, Hani.