KUALA BERANG: Permintaan tinggi minyak masak terpakai untuk pasaran biodiesel menyebabkan ada pemborong dan syarikat pembungkus semula disyaki sanggup menjual minyak masak bersubsidi demi mengaut keuntungan mudah.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata harga sekilogram minyak masak terpakai untuk pasaran biodiesel ialah kira-kira RM4.50.
"Harga minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram pula hanya RM2.50. Mereka dipercayai mendapat keuntungan yang banyak dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini.
"Taktik baharu itu dikesan hasil siasatan pegawai kementerian yang turun padang susulan berlakunya kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di beberapa negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan ketika ini dan siasatan terperinci sedang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Ajil yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia di sini hari ini.
Beliau berkata kekurangan bekalan di negeri terbabit juga adalah disebabkan penyelewengan oleh segelintir pemborong atau pembungkus semula yang disyaki menjual minyak masak bersubsidi secara terus kepada pengusaha restoran dan kedai makan.
"Kita masih siasat siapa sebenarnya yang lakukan kesalahan ini sama ada pemborong atau pembungkus semula kerana minyak masak bersubsidi dalam peket adalah untuk kegunaan isi rumah sahaja dan bukan untuk golongan peniaga.
"Perkara ini dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar dan KPDNHEP sedang menjalankan siasatan terperinci. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat," katanya sambil menambah sejak 2020, sebanyak 15 syarikat pemborong dan pembungkus semula minyak masak bersubsidi telah digantung lesennya manakala lesen lima lagi syarikat ditarik balik kerana pelbagai kesalahan yang dilakukan.
Rosol berkata ketirisan bekalan stok minyak masak bersubsidi dalam peket juga berlaku kerana tindakan pemborong atau pembungkus semula memindahkannya ke dalam botol untuk dijual pada harga lebih mahal yang berjaya dibongkar melalui operasi selama ini.
"KPDNHEP memandang serius perkara ini dan ia sangat menyedihkan kerana menjejaskan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan minyak masak pada harga berpatutan.
"Sepanjang siasatan dijalankan, pemborong atau pembungkus semula yang terlibat akan digantung sementara lesen mereka dan kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi akan diambil alih oleh syarikat lain bagi memastikan bekalan adalah stabil di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Datuk Rosol Wahid (dua,kiri) ketika hadir pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pekarangan tempat letak kereta Bangunan Pusat Dagangan Ajil (ATC) Ajil hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Ketirisan bekalan minyak masak bersubsidi: KPDNHEP sedang siasat - Rosol
Permintaan tinggi minyak masak terpakai untuk pasaran biodiesel menyebabkan ada pemborong dan syarikat pembungkus semula disyaki sanggup menjual minyak masak bersubsidi demi mengaut keuntungan mudah.