JOHOR BAHRU: Tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan Cukai Jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat.
Mereka yang direman terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 42 tahun yang merupakan petugas kaunter yang bertugas di JPJ Johor.
Semua kakitangan yang ditahan itu dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan Cukai Jalan LKM membabitkan jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta di antara Julai hingga Disember 2019.
Kesemua ditahan antara 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Ernalisa Othman
Mon Feb 22 2021

Mereka dipercayai telah memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Negeri Johor. - Foto Astro AWANI

10 Berita Pilihan - (28 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Malaysia tawar insentif tarik pelabur, lagi strategi baharu ekonomi akan diumum - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelabur asing termasuk syarikat dalam senarai Fortune 500 terus menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Politik | ADUN Amanah keluar parti sertai PKR tidak serius
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR adalah tidak serius.

AWANI Ringkas: Tiada calon SPM positif COVID-19 di Kedah | MB Kedah disuntik vaksin COVID-19

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.

Ketirisan RM3.1 juta: Tujuh petugas kaunter JPJ direman
Kesemua kakitangan berkenaan dilaporkan ditahan antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam dan dipercayai bertugas di JPJ Johor Bahru di Taman Daya.

Dakwaan terima tawaran percutian mewah, SPRM minta Salahuddin buat laporan
SPRM sedia melakukan siasatan berhubung pendedahan Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung dakwaannya mengenai tawaran percutian mewah ke Eropah.

Rasuah RM20.45 juta: Bekas Pengerusi Mara Inc mengaku tidak bersalah
Bekas Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani hari ini mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan rasuah dan 2 pengubahan wang haram.

SPRM beri jaminan siasatan kes rasuah secara telus - Azam
Setiap tindakan dilakukan agensi itu adalah jelas dan tidak berkompromi selain meminta semua pihak bersabar agar siasatan dapat dilakukan secara terperinci untuk hasil yang lebih baik.

Bekas Pengerusi Mara Inc didakwa Jumaat ini, berdepan 22 pertuduhan rasuah
Datuk berusia 65 tahun dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

Portal SPRM berwajah baharu, lebih interaktif dekati rakyat
Portal SPRM kini turut memaparkan ringkasan kes-kes rasuah menerusi ruangan 'Kes-Kes Menarik Rasuah'.

Tumpu penguatkuasaan, pencegahan tangani rasuah pasca pemulihan COVID-19 - SPRM
Mesyuarat Anti-Corruption and Transparency Experts Working Group (ACTWG) Friends of The Chair (FoTC) telah mencadangkan agar penguatkuasaan serta aspek pencegahan efektif perlu dilaksanakan bagi menan

MyCC dapat bantuan SPRM siasat 600 syarikat terbabit penipuan bida tender RM6 bilion
MyCC juga akan bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan kes lain dalam usaha menangani isu ketirisan dalam perolehan khususnya melibatkan agensi kerajaan.

Jenayah berteknologi tinggi cabaran dalam usaha perangi rasuah
Kerajaan dan pihak berkuasa perlu memikirkan untuk membangunkan teknologi yang mampu menyaingi kelicikan pihak tidak bertanggungjawab.

Semua ekonomi digesa sedia peruntukan anti rasuah - SPRM
SPRM hari ini menggesa semua ekonomi agar menyediakan peruntukan daripada belanjawan tahunan untuk menampung usaha-usaha antirasuah.