awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketokohan Abu Zahar tingkat martabat institusi Parlimen - Najib

Israr Khalid
Israr Khalid
22/04/2016
23:23 MYT
Ketokohan Abu Zahar tingkat martabat institusi Parlimen - Najib
Abu Zahar disifatkan Najib sebagai sentiasa adil dan seimbang dalam membuat keputusan. - Gambar fail
Jasa Yang Di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam melancarkan proses demokrasi negara dengan cemerlang amat dihargai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menjelaskan, ketokohan dan ketegasan Abu Zahar sepanjang enam tahun khidmatnya memimpin Dewan Negara berjaya membawa institusi itu ke tahap lebih tinggi sehingga tidak dianggap sebagai 'rubber stamp' semata-mata.
"Walaupun kadang-kadang nampak garang tapi sentiasa adil dan seimbang dalam membuat keputusan.
"Peranannya bukan sekadar untuk mendapatkan kepercayaan daripada pihak kerajaan, tapi juga mereka di pembangkang supaya peranan institusi Parlimen iaitu Dewan Negara atau Dewan Rakyat dilihat sebagai dewan perundangan yang berwibawa, yang benar-benar mewakili rakyat," katanya semasa berucap dalam majlis meraikan tamat tempoh perkhidmatan Abu Zahar sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara di sini, pada Jumaat.
Tambah Najib, kewibawaan Abu Zahar bukan setakat mengawal Dewan Negara tetapi mampu mewujudkan keadaan di mana ahli dewan mampu mengeluarkan idea bernas dalam memantapkan sistem demokrasi negara.
"Perbezaan pendapat itu sihat, asalkan tidak melanggar peraturan serta berlandaskan semangat demokrasi.
"Jika terlalu ekstrim, ia boleh menyebabkan institusi hilang fungsinya sehingga boleh menyebabkan rang undang-undang tersekat," ujarnya.
Justeru Najib mengingatkan agar kestabilan tersebut harus dikekalkan malah ditambah baik supaya kewibawaan dan martabat institusi Parlimen Malaysia akan sentiasa dapat ditingkatkan.
Majlis itu turut menyaksikan Najib melancarkan buku Yang Di-Pertua Dewan Negara Ke-16.
Najib ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beberapa menteri kabinet dan timbalan, ahli parlimen dan para senator.
Abu Zahar, 72, memegang tugas memimpin Dewan Negara sejak 26 April 2010 dan akan bersara 25 April ini.
Topic Berkaitan
#Abu Zahar Ujang
#Najib Razak
#senator
#Speaker Dewan Negara
#Yang Dipertua Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan