awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC

Bernama
Bernama
02/11/2024
06:40 MYT
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berkuat kuasa semalam.

Ringkasan AI
  • Ketua Audit Negara kini diberi kuasa mengaudit 1,856 badan lain termasuk GLC, meningkat dari 925 pada tahun 2022.
  • Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
  • Perdana Menteri mengumumkan peranan lebih besar untuk Jabatan Audit Negara dalam mengaudit hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan kerajaan.

Jabatan Audit Negara menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaklumkan, perkara itu berdasarkan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 331/2024] yang diwartakan pada 31 Okt, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Menurut kenyataan itu jumlah yang diwartakan itu, meningkat lebih sekali ganda daripada jumlah 925 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan pada tahun 2022.
"Sejajar dengan Perintah Audit yang telah dikuatkuasakan ini, Garis Panduan berhubung dengan pelaksanaan pengauditan syarikat GLC ini sedang dibangunkan oleh Jabatan Audit Negara dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7A Akta Audit 1957 [Akta 62], yang memberi Ketua Audit Negara kuasa untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana perlu atau suai manfaat bagi maksud menjalankan peruntukan di bawah Akta 62," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Okt, mengumumkan Jabatan Audit Negara diberikan peranan lebih besar untuk memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan.
Seterusnya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, 22 Okt, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju supaya Ketua Audit Negara melakukan pengauditan terhadap GLC untuk memastikan syarikat kerajaan diurus mengikut mandat sebenar khususnya demi kesejahteraan ekonomi rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Audit Negara
#GLC
#syarikat berkaitan kerajaan
#Jabatan Audit Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan