awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP

Bernama
Bernama
06/12/2022
07:13 MYT
Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. - Gambar hiasan
MELAKA: Gara-gara menerima suapan daripada pemilik sebuah pusat hiburan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang bekas ketua balai polis berpangkat subinspektor didenda RM6,500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Abdul Halim yang ketika itu Ketua Balai Polis Tengkera menerima suapan sebanyak RM6,000 daripada seorang pemilik sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Kota Shahbandar, Banda Hilir bagi mengelak pemilik premis berkenaan dikenakan tindakan kerana melanggar PKP.
Abdul Halim didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 5 petang hingga 6.16 petang di Balai Polis Tengkera pada 11 Ogos 2020, di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima suapan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua balai polis
#denda
#sop pkp
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan