awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis titah kerajaan negeri kukuh hubungan dengan Persekutuan, terima hakikat perlu bantuan
Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua isi rumah, individu bujang yang tercicir kini dapat bantuan BKSS

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
13/11/2020
08:48 MYT
Ketua isi rumah, individu bujang yang tercicir kini dapat bantuan BKSS
Abang Johari berkata, sebahagian pembayaran akan dibuat dalam tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan.
KUCHING:Kerajaan negeri meluluskan 122,000 rayuan permohonan ketua isi rumah dan individu bujang B40 bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dengan jumlah peruntukan RM143 juta.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi 82,000 ketua isi rumah akan menerima RM250 setiap bulan selama enam bulan.
Katanya, sebahagian pembayaran akan dibuat dalam tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bayaran khas RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada 82,000 ketua isi rumah B40 yang telah berjaya dalam rayuan.
“Manakala 40,000 individu bujang B40 yang berjaya dalam rayuan akan dibayar secara one-off RM500. Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Jelas Abang Johari, insentif BKSS itu merupakan bantuan tertinggi kerajaan negeri dan kedua terbesar selepas bantuan Prihatin Nasional.
Topic Berkaitan
#pemohon BKSS
#Kerajaan Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#terima bantuan BKSS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan