awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua kampung ditahan cuba curi lembu

Bernama
Bernama
14/10/2020
09:16 MYT
Ketua kampung ditahan cuba curi lembu
Siasatan mendapati, berlaku pertengkaran antara pengadu dan suspek sebelum lembu itu dilepaskan. -Gambar hiasan
TAMPIN:Enam lelaki termasuk seorang ketua kampung direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes kecurian lembu di Kampung Sungai Dua, Gemencheh di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin DSP Ahmad Pilus Zainal berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 35 hingga 50 tahun itu ditahan Isnin lepas selepas polis menerima aduan daripada seorang lelaki pada hari yang sama.
“Pengadu yang merupakan penternak lembu memaklumkan telah terlihat sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki empat lelaki pada Isnin dalam keadaan mencurigakan di kawasan belukar berhampiran sebuah reban ayam di kampung berkenaan serta terdapat seekor lembu yang diikat kakinya dan ditutup dengan kanvas di dalam kenderaan itu.
“Berlaku pertengkaran antara pengadu dan lelaki berkenaan sebelum lembu itu dilepaskan. Pengadu kemudian tampil membuat laporan pada hari yang sama dan polis telah berjaya menangkap enam lelaki termasuk seorang ketua kampung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Pilus berkata semakan rekod jenayah lampau kesemua suspek mendapati dua daripadanya memiliki rekod lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#ketua kampung curi lembu
#Tampin
#ketua kampung ditahan
#pengerusi MPKK
#direman
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan