awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri Melaka ikrar selesai isu air sebelum Ramadan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/03/2020
07:14 MYT
Ketua Menteri Melaka ikrar selesai isu air sebelum Ramadan
Sulaiman Md Ali memberi jaminan untuk memastikan isu air diselesaikan sebelum menjelang Ramadan pada penghujung bulan depan.
Mengakui krisis bekalan air di Melaka menjadi tanggungjawab utama selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali memberi jaminan untuk memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan sebelum menjelang Ramadan pada penghujung bulan depan.
Menurut beliau, usaha itu merangkumi beberapa pelan jangka masa pendek dan pendek melibatkan agensi-agensi berkaitan.
“Langkah (jangka) masa pendek ini menjurus kepada bulan Ramadan yang akan disambut. Begitu juga perkara-perkara yang boleh pasal catuan air ini, kalau boleh kita kurangkan catuan air.
“Pada waktu yang sama juga kita kena melihat kalau tidak ada catuan , maka kolam tadahan akan memerlukan untuk air tu dipam masuk, jadi beberapa langkah yang kita akan (ambil) berhubung dengan sempadan antara negeri-negeri yang menyumbang kepada kemasukan air akan ada perbincangan,’ kata Sulaiman.
Beliau berkata demikian selepas memulakan tugasan hari pertamanya dengan mendengar taklimat daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri di Kompleks Seri Negeri pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu berkata, beliau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan juga akan merujuk kepada kementerian berkaitan bagi mendapatkankan maklum balas berhubung pelan tindakan jangka panjang dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.
Melaka mula melaksanakan catuan bekalan air secara harian bermula 29 Januari lalu dengan menutup 87 injap air bermula pukul 10 pagi membabitkan 550,673 orang iaitu 62.8 peratus pengguna di ketiga-tiga daerah di negeri itu.
Langkah itu bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi cuaca panas dan kering dalam fasa kedua monsun timur laut yang dijangka berakhir bulan ini.
Pada sidang media selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia pada Isnin, Sulaiman turut membangkitkan isu air yang membelenggu negeri Melaka sejak sebulan lalu akan diselesaikan dalam kadar segera. BACA: Isu air perlu diselesaikan segera - Ketua Menteri Melaka
Topic Berkaitan
#ADUN
#Badan Kawal Selia Air
#isu air
#Ketua Menteri Melaka
#Lendu
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan