awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pemuda UMNO Tampin meninggal dunia

Bernama
Bernama
09/11/2021
02:21 MYT
Ketua Pemuda UMNO Tampin meninggal dunia
Allayarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan. - Foto Facebook/Mohd Aliff Haiqal
SEREMBAN: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin Muhammad Hafez Hezmi, 38, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Krubong, Melaka kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
"Saya dapat maklumat Muhammad Hafez telah pergi awal pagi tadi, satu berita yang mengejutkan kerana kali terakhir saya jumpa dia semalam sewaktu penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka, arwah nampak sihat.
"Malam tadi pun saya dimaklumkan arwah sempat mengadakan perbincangan bersama jentera UMNO Bahagian Tampin, ia satu kehilangan besar kepada parti," katanya.
Mohd Zaidy berkata Allahyarham merupakan seorang yang sangat berjasa dalam UMNO dan sentiasa aktif berkhidmat memberi bantuan kepada rakyat khususnya di Bahagian Tampin.
Muhammad Hafez sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk Pengerusi Belia 4B Pekan Gemas sejak 2004.
Allayarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Masjid, Gemas sebelum solat zohor.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi catatan dalam Facebooknya turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Hafez Hezmi
#Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin
#serangan jantung
#Mohd Zaidy Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan