PORT DICKSON: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh, menculik dan menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut, dekat sini, dua minggu lepas.
Tertuduh M. Murugan, 44, seorang ketua pengawal keselamatan dan penganggur Wong Yon Kuan, 43, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret V. Vanita.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tiada ikat jamin dibenarkan.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh bersama-sama tiga individu yang masih bebas didakwa membunuh juruteknik, A. Vasudevan, 39, di Bandar Springhill, Lukut, di sini, antara jam 5.40 pagi hingga jam 9.45 pagi pada 13 Nov lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Murugan dan Wong bersama tiga individu yang masih bebas didakwa melarikan Vasudevan pada masa dan lokasi sama dan didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa bersama-sama tiga individu yang masih bebas menyamar sebagai sebagai penjawat awam iaitu anggota polis pada isteri mangsa, S Hindumathy, 38, di tempat dan masa sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 23 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nur Athirah Zainuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam T. Harpal Singh.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan memaklumkan polis sedang mengesan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya mereka ialah A. Davadas, 41, beralamat di Rawang, Selangor; S. Panirselvam, 31, (Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur); P. Xavier, 42, (Rawang) dan C. Murugan (Romeo),40, dari Selayang, Selangor.
Mengikut laporan media, tertuduh menyamar sebagai anggota polis telah berkunjung ke rumah mangsa dan memaklumkan kedatangan mereka untuk siasatan kes samun dan seterusnya meminta isteri mangsa mengeluarkan barangan kemas hasil daripada samun dilakukan oleh suaminya.
Kemudian tertuduh mengarahkan mangsa mengikut mereka dengan menaiki sebuah van di hadapan rumah. Bagaimanapun, mangsa enggan menyebabkan tertuduh memukul dan mengheretnya ke dalam van sebelum dilarikan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 4.30 petang pada hari yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Gambar/ Sinar Harian

WEF2022 | Malaysia perlu titik berat ESG dalam IPEF
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, Malaysia perlu menitikberatkan Amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara.

WEF2022 | Petronas galas tugas besar pemangkin sumber hijau, mampan
Keperluan untuk mewujudkan tenaga boleh diperbaharui, hijau dan mampan dalam industri minyak dan gas negara menjadi tanggungjawab besar yang perlu digalas Petronas. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik, krisis tenaga merupakan aspek yang tidak dapat dielak pemain industri. Malah perlu diberi penekanan komprehensif agar seiring dalam mencapai aspirasi tenaga hijau dan bersih global.

Afghanistan | Syarikat UAE ambil alih pengurusan lapangan terbang
Taliban menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat Emiriah Arab Bersatu bagi menguruskan tiga lapangan terbang di Afghanistan. Bagaimanapun, Emiriah Arab Bersatu tidak memberi komen lanjut mengenai perjanjian itu.

Kebajikan | Teratak baharu, sinar buat keluarga Ku Hamzah
Tular di media sosial kisah adik Ku Arman Taqif Ku Hamzah, pelajar darjah empat Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Bahar yang mendiami sebuah rumah usang hampir menyembah bumi. Ku Arman tinggal di Kampung Sering, Kota Bharu bersama ibu bapanya dan tiga beradik lain dengan salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU). Rumah pusaka didiami enam beranak ini ibarat bangsal tidak lagi sesuai didiami bahkan dinding dan zinknya berlubang dimamah usia.

Antipersaingan | Siasatan MyCC industri ayam dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini. MyCC juga telah memulakan siasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.

Haji | Penerbangan pertama jemaah tahun ini dijangka 4 Jun
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia tahun ini dijangka pada 4 Jun berbanding perancangan awal pada 31 Mei. Ia berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding kebiasaannya.

Isu Kadar Tambang | Grab Malaysia beri penjelasan, akui tidak cukup pemandu
Grab Malaysia berkata, pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.

10 Berita Pilihan - (24 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mangsa Hilang | Mayat lelaki OKU hilang ditemui reput
Kehilangan seorang lelaki yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak 12 hari lalu terungkai selepas ditemui meninggal dunia di kawasan belukar berhampiran Kampung Tanjung Aur, Telemong. Mayat mangsa Abdul Hadi Ismail, 37 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira jam 9.30 pagi pada Selasa.

Jual Tiket ke Korea | Polis tahan dua individu terlibat sindiket
Polis Johor mengesahkan telah menahan dua individu yang terlibat dalam sindiket penjualan tiket ke Korea sejak awal tahun ini. Ia selepas lima laporan polis dibuat lima individu warganegara Korea. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kerugian dianggarkan mencecah hampir RM60,000.

Pengawal keselamatan, pemandu lori didakwa culik, bunuh juruteknik
Seorang pengawal keselamatan dan pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik dan membunuh seorang juruteknik serta menyamar sebagai anggota polis.

Ketua pengawal keselamatan, penganggur didakwa culik, bunuh juruteknik
Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh, menculik dan menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut.