MALAYSIA
Ketua Polis Johor dan Kapolda Kepri nyata komitmen perkukuh kerjasama keselamatan rentas sempadan

Pertemuan tersebut melibatkan Ketua Polis Johor yang baharu CP Ab Rahaman Arsad, dan Kepala Kepolisian Daerah Kepulauan Riau (Kapolda Kepri), Irjen Pol Asep Safrudin. - Foto FB Polis Johor
JOHOR BAHRU: Kerjasama strategik dalam menangani isu keselamatan maritim, penyeludupan, pemerdagangan manusia, dan ancaman keganasan di perairan Johor-Kepulauan Riau menjadi fokus utama perbincangan dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Fokus keselamatan rentas sempadan: PDRM dan POLRI perkuat kerjasama strategik tangani isu maritim, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan keganasan di kawasan sempadan JohorKepulauan Riau.
- Pertemuan dua hala pimpinan keselamatan: Ketua Polis Johor dan Kapolda Kepri bertemu bersama pegawai penghubung KJRI bagi menyelaraskan usaha keselamatan serantau.
- Johor sebagai pintu masuk strategik: Kedudukan Johor yang bersempadan dengan Singapura dan Indonesia memerlukan kesiapsiagaan tinggi, disokong oleh lebih 10,000 anggota PDRM.
"Johor, sebagai negeri sempadan maritim dengan Kepulauan Riau, terus komited memastikan keselamatan rantau ini melalui kerjasama erat antara dua agensi penguatkuasa serantau," menurut hantaran rasmi Facebook Polis Johor.
Turut hadir dalam pertemuan itu Konsul Polis merangkap Penolong Penguasa Polis dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, ASP Riza Sativa, yang berperanan sebagai pegawai penghubung rasmi antara POLRI dan agensi keselamatan Malaysia.
Semalam, dalam sidang media pertamanya, Ab Rahaman berkata kedudukan strategik negeri Johor yang bersempadan dengan Singapura dan berdekatan Indonesia menjadikannya pintu masuk penting negara, sekali gus memerlukan kesiapsiagaan tinggi daripada seluruh pasukan PDRM.
Beliau menyifatkan kekuatan lebih 10,000 pegawai dan anggota polis di Johor sebagai aset utama dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan semasa, termasuk jenayah rentas sempadan dan penyalahgunaan dadah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami