awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Polis Negara, Peguam Negara ke Amsterdam esok

Bernama
Bernama
14/08/2014
07:26 MYT
Ketua Polis Negara, Peguam Negara ke Amsterdam esok
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada majlis Perhimpunan Bulanan KDN. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berlepas ke Amsterdam, Belanda esok untuk siasatan lanjut dan hal-hal perundangan berhubung insiden pesawat MH17.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sementara pasukan siasatan akan berlepas ke Ukraine setelah gencatan senjata pihak Ukraine dan puak pemisah dilaksanakan semula.
"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ke Amsterdam semula untuk melanjutkan tugas-tugas sisatan dan menyelesaikan beberapa permasalahan perundangan jika ada," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Semalam Parlimen Ukraine mengesahkan perjanjian dua hala, yang membenarkan penugasan pasukan dari Malaysia di lokasi kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.
Perjanjian itu membolehkan sehingga 90 petugas bukan tentera dari Malaysia untuk menyertai pasukan diketuai Netherlands dalam mempermudah tugas mencari mayat mangsa dan menjalankan siasatan seperti diperuntukkan dalam Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara dan anggota pasukan penyiasat serta anggota forensik dalam menjalankan tugas di lokasi kejadian.
"Saya akan meminta kepada kerajaan untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada Khalid serta anggota pasukannya yang menjalankan siasatan," katanya.
Sementara itu, Khalid berkata segala penugasan ada risiko dan pihaknya sanggup menanggung risiko tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan sejauh mana perjanjian itu menjamin keselamatan anggota pasukan penyiasatan.
Topic Berkaitan
#Abdul Gani Patail
#Ahmad Zahid Hamidi
#Amsterdam
#Khalid Abu Bakar
#MAS
#MH17
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan