KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 7 Okt lepas hingga 6 Okt 2024.
UKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Mohd Zuki itu adalah bagi menggantikan Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pada 28 Ogos lepas.
Pengisytiharan pelantikan itu disempurnakan oleh Canselor UKM, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir sempena konvokesyen ke-49 universiti itu, hari ini.
Mohd Zuki, alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM pada 1985, adalah alumni pertama yang dilantik sebagai Pro-Canselor di universiti itu.
Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman percaya pelantikan itu mampu menyumbang dan membawa UKM untuk mencapai kemajuan akademik dan pengurusan organisasi yang lebih cemerlang.
"Dengan kepimpinan dan kewibawaan Tan Sri Mohd Zuki menerajui perkhidmatan awam, lantikan ini amat bertepatan dengan hasrat dan visi UKM untuk terus menggarap lebih banyak kecemerlangan di persada nasional dan antarabangsa.
"Saya berharap pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi dan memberi laluan kepada para alumni yang lain untuk kembali berbakti kepada universiti," katanya.
Mohd Zuki, anak jati Kuala Terengganu, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura dan Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat pada 1999.
Sepanjang 29 tahun sebagai penjawat awam, beliau telah berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan menggalas beberapa jawatan penting antaranya sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan serta sebagai Pegawai Khas Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri; Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; Setiausaha Persekutuan Sarawak; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Menurut kenyataan itu, Majlis Konvokesyen UKM ke-49 turut menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Jaringan Pendidikan Kesihatan dan Kelestarian) kepada pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Manakala bekas Pengarah Bahagian Keselamatan Nuklear, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan pula dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sains Nuklear). - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Mohd Zuki, alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM pada 1985, adalah alumni pertama yang dilantik sebagai Pro-Canselor di universiti itu. - Gambar BERNAMA
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN
Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu
Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.
Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN
Penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenal dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya.
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN
Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah GIACC, nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam
Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam.