awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Ismail Kijo meninggal dunia

Fareez Azman
Fareez Azman
03/02/2021
06:16 MYT
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Ismail Kijo meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo meninggal dunia pada usia 69 tahun di Hospital Sungai Buloh sekitar 12.30 tengah hari Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua UMNO Bahagian Langat, Datuk Johan Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun majlis pengebumian jelasnya belum dimuktamadkan ketika ini.
Allahyarham sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dalam entri terbaharu Facebook rasminya turut memaklumkan pemergian Allahyarham.
"Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato' Ismail Kijo Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.
"Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah," jelasnya.
Allahyarham sebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya pada tahun 1995 sehingga 2008.
Topic Berkaitan
#UMNO
#ketua umno
#Bahagian Ampang
#Datuk Ismail Kijo
#meninggal dunia
#Hospital Sungai Buloh
#COVID-19
#pesakit
#Bekas pesakit kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan