KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM1.30 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, lebih dua kali ganda berbanding RM526.93 juta yang dilaporkan pada tahun sebelum ini.
Perolehan turut menokok kepada RM3.30 bilion daripada RM2.24 bilion, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, bagi suku keempat tahun kewangan 2022, keuntungan bersih bank itu susut kepada RM138.26 juta berbanding RM206.85 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun kewangan 2021, manakala perolehan merosot kepada RM566.71 juta daripada RM572.13 juta.
Affin Bank dalam kenyataan berasingan kepada bursa menjelaskan keuntungan sebelum cukai (PBT) kumpulan telah melonjak 120.2 peratus kepada RM1.55 bilion pada tahun kewangan 2022 daripada RM703.85 juta, selepas disokong oleh peningkatan dalam pendapatan faedah bersih kumpulan (NII).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Razly Abdullah berkata: "Peningkatan PBT telah disokong oleh kenaikan NII sebanyak 13.9 peratus atau RM124.5 juta kepada RM1.02 bilion berbanding tahun kewangan 2021, serta penambahan 39.3 peratus kepada RM346.0 juta dalam PBT Affin Islamic Bank Bhd.
"Pertumbuhan kukuh dalam PBT kumpulan juga disumbangkan oleh keuntungan daripada pelupusan Affin Hwang Asset Management Bhd."
Wan Razly berkata NII yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh pertumbuhan pinjaman sebanyak 15.4 peratus.
Selain itu, beliau berkata Affin Islamic Bank Bhd merupakan penyumbang utama kepada kumpulan apabila PBTnya mencatatkan rangsangan 39.3 peratus atau RM97.5 juta berikutan pertumbuhan pembiayaan yang kukuh pada 15.3 peratus bagi tahun kewangan 2022.
Affin Group terus menunjukkan kemajuan ketara dalam nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) apabila GIL menurun kepada 1.97 peratus, berbanding 2.54 peratus yang disaksikan semasa tahun kewangan 2021, disebabkan usaha pemulihan dan piawaian pengunderaitan yang lebih ketat.
Kumpulan itu terus mengukuhkan rizabnya berikutan peningkatan liputan kerugian pinjaman (LLC) serta rizab kerugian pinjaman (LLR) masing-masing pada 109.0 peratus dan 150.0 peratus, berbanding LLC sebanyak 72.5 peratus dan LLR sebanyak 130.2 peratus pada tahun kewangan 2021.
Lembaga pengarah mencadangkan dividen akhir sebanyak RM176.7 juta atau 7.77 sen sesaham bagi tahun kewangan 2022, menjadikan jumlah dividen kepada 30.39 sen sesaham selepas dividen khas dan interim sebanyak 22.62 sen yang dibayar kepada pemegang saham pada 29 Dis 2022.
Ini mewakili jumlah pembayaran dividen sebanyak RM677.1 juta atau 53.3 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan bagi tahun kewangan 2022.
Melangkah ke hadapan, bank itu berkata bahagian perbendaharaan kumpulan akan menumpukan kepada empat bidang utama seperti membina keupayaan bagi menjana pendapatan bukan faedah yang stabil serta berulang, meningkatkan pulangan aset kumpulan dan memanfaatkan manfaat sinergi Affin Group untuk mengukuhkan pendapatan perbendaharaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Affin Bank berkata perolehan turut menokok kepada RM3.30 bilion daripada RM2.24 bilion. - Foto fail
Program Jom Jalan Bersama NPC tarik lebih 200 penyertaan
Program 'Jom Jalan Bersama NPC' yang julung kali diadakan, berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari kalangan bekas atlet, wartawan, anak muda dan orang ramai.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat - KPN
PDRM meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
AWANI Ringkas: Dapatan Kajian Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM seru semua realisasi hasrat negara bebas rokok 2040
Menjadi hasrat dan impian Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) untuk merealisasikan matlamat negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok pada 2040.
[TERKINI] OKU Dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo Nie Ching berkata beliau menyokong titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahu siasatan menyeluruh dibuat berhubung kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi orang kenamaan di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi delima - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi pendidikan di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Disember ini.
KKM bimbang peratusan remaja 'vaping' meningkat
Dapatan baharu kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan peratusan remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun menggunakan rokok elektronik meningkat mendadak.
Penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan yang menceroboh tanah hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 27 dan 28 Mei lepas itu adalah berdasarkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar Johor Bahru mengaku tidak bersalah terima rasuah
Datuk Adib Azhari Daud mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan rasuah bernilai RM1.55 juta antara 2020-2021 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tinjauan pendapat ramal kemenangan besar parti pemerintah India
Kebanyakan tinjauan pendapat meramalkan penggal ketiga untuk Perdana Menteri Narendra Modi dan partinya, Parti Bharatiya Janata (BJP) pada pilihan raya umum India.
Keuntungan bersih Affin Bank naik lebih dua kali ganda kepada RM1.30 bilion
Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM1.30 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.