awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
[KEMAS KINI] Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keusahawanan perlu dilihat sebagai satu cabang kerjaya - Perdana Menteri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
28/09/2020
08:51 MYT
Keusahawanan perlu dilihat sebagai satu cabang kerjaya - Perdana Menteri
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Jana Semua Ekonomi (Penjana) KPT - Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP) di sini pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
BANGI:Bidang keusahawanan perlu dilihat sebagai salah satu cabang kerjaya berpotensi besar yang boleh diteroka oleh pelajar dan graduan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bidang keusahawanan bukan sahaja menawarkan penjanaan pendapatan kepada pengusahanya, tetapi juga sebagai ‘job creator’ iaitu berupaya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada orang lain melalui perniagaan yang dijalankan.
“Saya difahamkan pada masa ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang giat membangunkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2021-2025 bagi memastikan kesinambungan pemerkasaan agenda keusahawanan di IPT melalui pelan tindakan yang akan tamat pada tahun ini.
“Saya berharap pelan tindakan yang akan dihasilkan ini berupaya memartabatkan agenda keusahawanan di IPT secara lebih menyeluruh melalui pengukuhan ekosistem keusahawanan yang lengkap,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Jana Semua Ekonomi (Penjana) KPT - Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP) di sini pada Isnin.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, program kemahiran dan peningkatan kemahiran bukan sahaja usaha untuk menangani graduan menganggur, malah memastikan golongan pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19 mengekalkan atau meningkatkan kemahiran untuk memanfaatkan peluang semasa ekonomi beransur pulih.
Kata beliau, tidak seperti program peningkatan kemahiran yang biasa dilaksanakan, program Penjana KPT CAP yang julung kali diperkenalkan adalah unik kerana graduan dipastikan akan memperoleh pekerjaan setelah mereka menamatkan dengan jayanya kursus-kursus yang ditetapkan.
“Kursus-kursus ini sebenarnya direkabentuk mengikut kehendak dan keperluan yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang bakal mengambil graduan tersebut sebagai pekerja mereka.
“Contohnya kursus Smart Trucker. Kandungan pengajaran dalam kursus ini direkabentuk berdasarkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh syarikat logistik yang mengeluarkan ‘Letter of Commitment’ (LOC) kepada KPT.
“Justeru, habis sahaja tempoh kursus, graduan tadi akan ditawarkan untuk bekerja dengan syarikat logistik tersebut.
“Saya difahamkan setelah pelancaran program pada hari ini, graduan-graduan sudah boleh memohon program KPT-CAP ini melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT yang disediakan oleh pihak KPT,” jelasnya.
Beliau dalam pada itu menyeru agar semua graduan memanfaatkan peluang menambah kemahiran dan nilai kompetensi seterusnya membantu meningkatkan kebolehpasaran diri masing-masing.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PENJANA
#koronavirus
#pandemik
#ekonomi
#coronavirus
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan