awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
16/01/2026
03:30 MYT
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
Dua individu disahkan meninggal dunia manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Puncak Borneo berhampiran Kampung Keru, awal pagi Jumaat.
KUCHING: Dua individu disahkan meninggal dunia manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Puncak Borneo berhampiran Kampung Keru, awal pagi Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 35 kilometer.
Komander Operasi, Mustakim berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Proton Iswara, Proton Exora dan Perodua Myvi, dengan keseluruhan empat mangsa terlibat.
“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, masing-masing seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa, manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Perodua Myvi berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas ResQtec.
Mangsa perempuan yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak, manakala mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.
Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu pemandu Proton Iswara dilaporkan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba dan mengalami kecederaan luka di bahagian mulut serta patah kaki.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh ambulans KKM Sentosa.
Mangsa keempat, seorang perempuan dewasa yang berada dalam kenderaan Proton Exora, turut disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
Operasi yang melibatkan seramai lapan anggota bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah EMRS tamat sepenuhnya pada jam 8.44 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Puncak Borneo
#dua maut
#Bomba Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan