awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairil Anuar bukan lagi CEO Kumpulan MSM berkuat kuasa serta-merta

Bernama
Bernama
05/10/2020
20:49 MYT
Khairil Anuar bukan lagi CEO Kumpulan MSM berkuat kuasa serta-merta
Datuk Khairil Anuar Aziz ketika ditemubual BERNAMA. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Datuk Khairil Anuar Aziz tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM), berkuat kuasa serta-merta.
Khairul Anuar, yang dilantik untuk menerajui MSM pada April 2019, telah diarah bercuti pada awal September dan telah diminta untuk memberi penjelasan berhubung beberapa penyelewengan berkaitan inventori MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd dalam penyata kewangan 2019.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, MSM berkata Lembaga Pengarah menganggap penjelasan Khairil Anuar mengenai penyelewengan berhubung penyelarasan kepada pelupusan inventori berjumlah RM36.6 juta sebagai tidak boleh diterima.
"Lembaga Pengarah telah memutuskan bahawa CEO Kumpulan itu tidak lagi memegang jawatan tersebut berkuat kuasa 5 Okt, 2020," katanya.
Pengeluar gula itu berkata Fakhrunniam Othman akan meneruskan tugasnya sebagai pegawai yang bertanggungjawab sehingga Lembaga Pengarah mengenal pasti calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO
#Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd
#Bursa Malaysia
#Fakhrunniam Othman
#khairil anuar aziz
#penyelewengan
#diminta bercuti
#MSM Sugar Refinery
#pelupusan inventori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan