Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun akan mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang hari ini.
Sidang media tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 4.30 petang di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI), Kelana Centre Point.
26 Julai lalu, Khairul Azwan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam laporan itu, Khairul Azwan menyatakan nama tiga individu tersebut sama ada secara berseorangan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.
"Saya mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai individu-individu tersebut telah memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi-agensi di Amerika Syarikat termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” ujar Khairul Azwan.
Abdul Gani pada hari yang sama adalah yang terawal memberi reaksi, dengan menyifatkan dakwaan itu hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas. Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa mengesahkan siasatan awal polis mendapati laporan yang dibuat oleh Khairul Azwan itu hanya berdasarkan andaian sahaja.
Polis juga telah memanggil Naib Ketua Pemuda UMNO itu Jumaat lalu untuk mendapat penjelasan serta bukti yang mendakwa individu terbabit terlibat dengan konspirasi yang dikatakan.
Ikuti sidang media Khairul Azwan secara langsung menerusi Facebook Live di laman Facebook rasmi Astro AWANI.
Astro Awani
Wed Aug 03 2016
Khairul Azwan membuat laporan polis 26 Julai lalu berkenaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri - Foto BERNAMA
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Khairul Azwan dijangka adakan sidang media petang ini
Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4:30 petang.