Satu tweet yang dimuatnaik oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai perarakan di Paris yang disifatkannya sebagai “memualkan” mengundang pelbagai reaksi.

Perarakan yang diadakan pada Ahad disifatkan sebagai tanda perpaduan susulan insiden keganasan di Perancis yang meragut 17 nyawa.

Turut hadir pada perarakan itu adalah Presiden Perancis Francois Hollande, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmud Abbas.

“Saya kutuk pembunuh insiden Charlie Hebdo tetapi perarakan perpaduan itu memualkan,” Khairy berkata di Twitter.


Ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan Khairy.





Merujuk kepada kehadiran Benjamin Netanyahu dan Mahmud Abbas, warga Twitter turut berkata bahawa perlu ada perarakan menunjukkan sokongan kepada Palestine.