awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 petugas PBB dibunuh dengan sengaja pada 2025
RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik - Fahmi Fadzil
NRES diarah beri penjelasan '3 kampung Indonesia kini jadi wilayah Malaysia' - Fahmi Fadzil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala ASEAN B-23: Muhammad tekad bantu skuad negara buru kejuaraan

Bernama
Bernama
13/07/2025
03:20 MYT
Piala ASEAN B-23: Muhammad tekad bantu skuad negara buru kejuaraan
Bagi Muhammad, pengalaman menimba ilmu bola sepak di Jepun dan Thailand menjadi bekalan penting buatnya memperkasakan prestasi di pentas serantau bersama Harimau Muda. - Foto X/Selangor FC
SEPANG: Pemain tengah Muhammad Abu Khalil bertekad untuk menyumbang kepada misi skuad bawah 23 tahun negara memburu kejuaraan pada Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 yang akan membuka tirai di Jakarta pada Selasa ini.
Bagi Muhammad, pengalaman menimba ilmu bola sepak di Jepun dan Thailand menjadi bekalan penting buatnya memperkasakan prestasi di pentas serantau bersama Harimau Muda.
"Ya, sudah semestinya. Saya pergi Jepun, Thailand, jadi dengan pengalaman yang dalam masa setahun saya ke luar negara, insya-Allah akan mematangkan lagi cara permainan saya.
"...dan sudah tentu, kita memang sasar kejuaraan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad berkata keserasian antara pemain dalam kem latihan kali ini memudahkan persiapan kerana majoriti daripada mereka sudah mengenali satu sama lain di peringkat akademi.
"Dalam call-up kali ini, ramai pemain yang kita kenal sebelum ini, daripada Akademi JDT, AMD juga dan pemain ini semua kita kenal dah lama sebenarnya dan kali ini kita bersatu kembali," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad B-23, Mohd Nafuzi Zain menyifatkan perlawanan pertama menentang Filipina bakal menjadi titik tolak kepada momentum pasukan sepanjang kejohanan.
"Saya rasa itu kita punya titik perubahan kita di perlawanan pertama. Kerana kalau kita menang, itu pun belum menjamin lagi. Namun, macam sudah 'sebelah kaki' itu yang paling penting," katanya.
Mohd Nafuzi berkata aspek mental dan keyakinan diri harus diberi keutamaan terutama menjelang aksi tumpuan menentang Indonesia selaku tuan rumah pada aksi terakhir kumpulan.
"Okey, dari segi mentaliti, dari segi keyakinan diri, itu aspek utama. Kita tahu pertemuan dengan Malaysia-Indonesia perlawanan yang dijangka mendapat banyak tumpuan," katanya.
Sebelum ini, Mohd Nafuzi menyasarkan sekurang-kurangnya tempat ke separuh akhir sebagai batu loncatan ke pentas final.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A dan bakal membuka kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti Brunei (18 Julai) sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Indonesia pada 21 Julai.
Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai, manakala perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga akan berlangsung pada 29 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala ASEAN B-23 2025
#Muhammad Abu Khalil
#kejuaraan
#persiapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan