awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy dedah pengeluar vaksin utamakan negara kaya

Fareez Azman
Fareez Azman
05/05/2021
08:05 MYT
Khairy dedah pengeluar vaksin utamakan negara kaya
Menurut Khairy Jamaluddin, tindakan pengeluar vaksin memberi keutamaan kepada negara maju adalah tidak beretika dan tidak adil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia kesal dengan tindakan sesetengah syarikat farmaseutikal pengeluar vaksin yang lebih memberi keutamaan pemberian vaksin kepada negara maju berbanding negara membangun.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, tindakan sedemikian disifatkan beliau sebagai tidak beretika dan tidak adil.
"Kita tidak berpuas hati dengan pengedaran vaksin di seluruh dunia, perkara ini kita tekankan bukan hanya mewakili negara membangun.
"Sebaliknya, Ketua Pengarah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) turut berpendapat yang sama iaitu ia tidak adil dan tidak beretika," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Dagangan Dunia pada Rabu.
Tambah Khairy, kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam memastikan rakyat di negara ini mendapat vaksin seperti dijadualkan.
Sebagai contoh, jelas beliau, seramai 260,000 penerima berjaya mendaftar sebagai sukarela bagi vaksin AstraZeneca dalam tempoh 48 jam.
"Hanya kerana syarikat farmaseutikal mengutamakan negara kaya dan bukan tawaran untuk negara membangun, masyarakat yang ada di dalam organisasi harus terus membincangkan, bukan hanya dalam pengurusan COVID-19 tetapi juga untuk pengurusan pandemik masa depan.
"Betapa pentingnya vaksin kepada semua, namun ia seolah-olah dimonopoli oleh negara barat," tegas Khairy lagi.
Mengulas lanjut bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula Mei ini, Khairy menjelaskan, pihaknya tidak tahu sama ada bekalan vaksin mencukupi atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#PBB
#Media
#rakyat
#menteri
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
#AstraZeneca
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#pilih bulu
#Syarikaf farmaseutikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan