NATIONAL

Khairy Jamaluddin sedia 'serah tugas' kepada Syed Saddiq

Nursyazwani Saiful Sham 10/05/2018 | 07:55 MYT
Khairy (kanan) berharap Syed Saddiq dapat memimpin golongan belia dengan baik.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersedia untuk menyerahkan tugasnya memimpin golongan belia di negara ini kepada pemimpin muda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi laman Twitternya, Khairy berharap Ketua Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berusia 26 tahun itu dapat memimpin golongan belia dengan baik.

Ini susulan kejayaan PH dalam menewaskan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tanda penghargaan Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional itu sebagai reaksi kepada posting Syed Saddiq yang berterima kasih atas usaha Khairy dalam memipin belia di negara ini melalui portfolio hebat dalam agenda pembangunan belia.

Syed Saddiq turut berharap untuk bekerjasama dengan Khairy berhubung pembangunan golongan belia di Malaysia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, posting Khairy turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut berterima kasih atas usaha serta pengorbanan beliau.

Ada juga yang mengharapkan kedua-dua pemimpin muda ini bersatu untuk membentuk dan membangunkan golongan belia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BACA: Selamat maju jaya, Malaysia - Khairy Jamaluddin


#Barisan Nasional #Khairy Jamaluddin #Pakatan Harapan #Pemuda UMNO #PPBM #PRU14 #Syed Saddiq