awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khaled sahkan letak jawatan Pengerusi Boustead esok

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/08/2021
07:55 MYT
Khaled sahkan letak jawatan Pengerusi Boustead esok
Khaled mengesahkan surat peletakan jawatannya yang turut tular di media sosial. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad esok (Khamis).
Dalam satu kiriman WhatsApp kepada Astro AWANI, Khaled turut mengesahkan surat peletakan jawatannya yang turut tular di media sosial.
"Ya (akan meletakkan jawatan esok)," katanya.
Mohamed Khaled sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018 dan di bawah kepimpinannya, negeri itu telah menyaksikan pertumbuhan yang stabil dalam ekonomi.
Mohamed Khaled, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Malaya, adalah penama pemegang saham terbesar Boustead, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pada Rabu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah megumumkan peletakan jawatannya bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti.
Shamsul turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi peluang kepada dirinya berkhidmat sebelum ini.
Terdahulu, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti, dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah tidak berbangkit.
Beliau juga memaklumkan telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#UMNO
#media sosial
#letak jawatan
#Boustead Holding Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan