awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid Ibrahim mahu JAIS perjelas isu salah tangkap khalwat

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2014
04:22 MYT
Khalid Ibrahim mahu JAIS perjelas isu salah tangkap khalwat
KHALID: Harap JAIS melaksanakan tugas berdasarkan prosedur yang ditetapkan - Gambar Fail
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi penjelasan susulan kes salah tangkap khalwat ke atas empat individu yang sedang berpindang rumah.
Kejadian yang berlaku pada 22 Jun lalu dua penguatkuasa JAIS menahan empat orang yang didakwa melakukan khalwat ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.
Khalwat adalah apabila pasangan yang belum berkahwin ditemui dalam keadaan intim dan mencurigakan.
Menurut SelangorKini, Abdul Khalid yang ditemui pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu pada Sabtu berharap agar JAIS melaksanakan tugas berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
“Harap JAIS dapat belajar sebab ada beberapa langkah yang diambil JAIS tidak ikut tatatertib. Penangkapan adalah perkara menyusahkan,” katanya kepada SelangorKini.
Kata Abdul Khalid lagi, kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menasihati JAIS dalam isu membabitkan orang Islam.
JAIS telah didakwa membuat penangkapan salah apabila menahan Hanisha Abdul Rahman, 29, bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerja lain.
Hanisha yang memiliki sebuah butik kecantikan berkata, ketika kejadian dia sedang berada di dalam rumah bersama dua kakitangan wanita yang juga rakan serumahnya sementara Muhammad Mukamil berada di luar.
Ketiga-tiga wanita dan Muhammad Mukamil mahu JAIS menggugurkan caj atau merekan akan mengambil tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
#JAIS
#Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan