Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan beliau telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan memaklumkan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya.
Abdul Khalid turut mengakui sudah menyatakan pendiriannya untuk kekal sebagai menteri besar Selangor kepada barisan exconya.
"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor.
Spekulasi mengenai kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar mula tersebar sejak awal Februari lalu ketika isu mengenai penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali sebagai anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh dan keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang mengesahkan lagi spekulasi Abdul Khalid akan disingkirkan.
Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti.
Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Khalid juga sekali lagi menegaskan tidak akan menandatangani surat peletakan jawatan biarpun dipaksa untuk berbuat demikian.
"Tidak. Saya tidak akan tandatangan (jika) ada surat untuk saya meletakkan jawatan sampai ke pejabat saya.
"Saya tidak pernah melihat kalau betul saya tandatangani surat tersebut barisan exco pasti sudah dimaklumkan dulu," katanya.
Astro Awani
Fri Mar 07 2014
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).