Selepas menyediakan pelbagai perkhidmatan kebajikan seperti teksi 10 sen, pasar 10 sen, ambulans 10 sen, van jenazah percuma dan rumah RM1, kini Kuan Chee Heng tampil dengan inisiatif terbaharunya.
Chee Heng yang dikenali dengan nama Uncle Kentang kini turut menawarkan bantuan paramedik dan penjagaan rawatan luka percuma kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Ujarnya, ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.
"Apabila saya lihat penderitaan seseorang yang mengalami luka, bukan sahaja penderitaan kepada pesakit tetapi kepada ahli keluarga yang melihat emak atau ayah mereka berada dalam kesusahan, sakit dan busuk.
"Kita lihat bahawa ada kekhilafan dalam pemikiran (ahli keluarga) apabila luka pesakit sudah busuk, mereka letak pesakit di hujung bilik atau terpencil. Ini adalah satu penghinaan kepada pesakit.
"Jadi saya harap dengan ada jururawat atau sukarelawan datang, kita bantu supaya luka itu terkawal, berada dalam keadaan yang baik dan tidak busuk maka ahli keluarga dapat hidup berbahagia dalam keluarga tersebut," katanya kepada media ketika pelancaran inisiatif itu di sini hari ini.
Jelasnya, perkhidmatan itu kini dikendalikan oleh lima pembantu perubatan, dua jururawat dan disokong oleh Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Am, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Walaupun beberapa pihak seperti syarikat korporat menyalurkan bantuan, namun bagi Chee Heng ia masih belum memadai untuk menampung kos operasi yang dianggarkan sekitar RM50,000 sebulan.
"Memang kita menggajikan sepenuhnya jururawat-jururawat tersebut dan kita ada sokongan daripada orang ramai. Kita juga ambil sedikit pembayaran kalau orang itu mampu bayar. Kalau orang itu tidak mampu bayar, dia tak perlu bayar apa-apa pun.
"Saya berharap mana-mana syarikat farmaseutikal dapat membantu kita memberi ubat-ubatan kerana kosnya mahal. Namun, saya tidak begitu bimbang kerana akan ada syarikat bagi bantuan melalui program khidmat masyarakat (CSR) mereka," katanya.
Perkhidmatan itu kini meliputi kawasan di sekitar Puchong dan sekiranya pesakit mengalami luka yang kritikal, pihaknya akan menghantar pesakit ke HKL untuk rawatan yang lebih intensif.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jul 27 2019

Kuan Chee Heng (dua, kiri) menyaksikan penyampaian kit paramedik kepada Zahrah Azmi yang merupakan salah seorang pembantu perubatan bagi inisiatif tersebut. - Foto Astro AWANI

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rakyat negeri kelahiran Tunku Azizah, Johor Darul Takzim menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Diraja itu.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Orang ramai dari pelbagai kaum di Perak mengucapkan tahniah sempena ulangtahun ke 35 perkahwinan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kagum dengan cara pemerintahan yang sangat mesra rakyat, warga Perak berharap baginda berdua dapat meneruskan pemerintahan negara dengan jayanya.

KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan bagi suami isteri untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

AirAsia semakin pulih melalui transformasi digital dan peluang lain - Fernandes
AirAsia Group Bhd semakin pulih daripada impak pandemik COVID-19, selepas mengambil peluang baharu termasuk mempercepatkan transformasi digitalnya.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Dua selamat, seorang hilang dihanyut arus deras ketika berkelah
Mangsa bersama kira-kira 20 ahli keluarga ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil mandi di tebing sungai.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Tubuh pasukan petugas tangani kadar kematian penunggang motosikal - Lee Lam Thye
Fokus mewujudkan budaya baharu menunggang motosikal dengan mengurangkan kadar kelajuan, yang menjadi punca utama pelanggaran maut membabitkan motosikal.

Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat
Menurut Peguam, Syahredzan Johan, ini kerana pemberi maklumat atau 'whistleblower' akan menganggap pendedahan seumpamanya tidak akan dipandang remeh oleh pihak berkuasa.

KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh
Pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya telah menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan.

Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye
Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar.

Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'
Ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.

KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.

Pasukan petugas khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin
Pasukan itu yang bakal dianggotai antara enam dan tujuh individu, juga seterusnya akan mengesyorkan tindakan wajar yang perlu diambil oleh kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Suhakam pertahan inkuiri selepas polis nafi terbabit kehilangan aktivis
Suhakam berkata pihaknya tidak bertindak di luar kebiasaan dalam mengeluarkan laporan berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo dan aktivis sosial Amri Che Mat.

Penjawat awam dan ahli politik digesa bersuara, cabar pihak berkuasa
Dr Chandra Muzaffar berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelak berlaku satu lagi malapetaka seperti yang menimpa 1MDB, apabila tidak banyak soalan ditanya sebelum ia menjadi masalah.