awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?

Bernama
Bernama
30/05/2022
13:03 MYT
Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?
Dr Khir juga tidak menolak jika diletakkan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO sama ada untuk memilih beliau sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata beliau akan tetap membantu Barisan Nasional untuk mendapatkan kembali kerusi Parlimen Sungai Besar walaupun beliau tidak dipilih untuk bertanding di kerusi itu.
"Soal calon, biar pucuk pimpinan yang menentukan, kita tidak boleh mendahului pucuk pimpinan. Ia terpulang kepada Presiden (Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), kalau dia rasa saya boleh menang, bolehlah saya terima, kalau bertanding untuk kalah, untuk apa?" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dr Khir juga tidak menolak jika diletakkan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerusi Parlimen Sungai Besar kini disandang Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Muslimin Yahaya daripada Bersatu yang mengalahkan calon BN, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi dan calon Pas, Mohamed Salleh M Husin pada Pilihan Raya Umum ke-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Khir Toyo
#calon PRU
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan