awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

KHM bangga dua pegawai dipilih adili kejohanan antarabangsa

Bernama
Bernama
29/05/2021
20:26 MYT
KHM bangga dua pegawai dipilih adili kejohanan antarabangsa
Subahan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua pegawai masing-masing daripada Jawatankuasa Pengadil Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) dan Jawatankuasa Pengadil KHM, diberi kepercayaan berkhidmat pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki dan Wanita 2021.
Dua pegawai tersebut ialah P. Kuganeson, yang dilantik sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Afrika Selatan dari 5 hingga 16 Dis dan K. Ilanggo, yang dipilih sebagai pengadil Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki di India, yang dijadual bermula 24 Nov hingga 5 Dis depan.
Perkembangan itu mendapat perhatian Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal, yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan.
"KHM amat berbangga dengan pelantikan dan penghormatan yang telah diberikan kepada Malaysia oleh FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa)," katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi KHM, pada Sabtu.
Subahan berharap kedua-dua individu itu akan memberikan yang terbaik, sepanjang kejohanan berlangsung dan mengharumkan nama Malaysia serta KHM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Piala Dunia
#Afrika Selatan
#KHM
#FIH
#Kuganeson
#Subahan Kamal
#Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja
#Ilanggo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami